[VIDEO] Jaring 19 gol dalam 28 perlawanan, Mika Junco pesaing baharu Bergson


  • Podium
  • Selasa, 23 Apr 2024

Mika (melakukan tendangan) dikaitkan dengan pasukan Negeri Sembilan pada musim depan. — Agensi

PENYERANG kelahiran Sepanyol, Mika Angel Junco bakal mengisi kuota baharu pemain import Negeri Sembilan FC (NSFC) sekali gus menjadi bintang baharu buat Azzmi Aziz menghadapi saingan liga musim depan.

Menerusi perkongsian wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi dalam laman X menyatakan pihak pengurusan The Jangs hampir pasti mendapatkan khidmat pemain berusia 31 itu.

"Difahamkan Negeri Sembilan FC hampir pasti untuk mendapatkan khidmat penyerang kelahiran Sepanyol, Mika Junco bagi hadapi saingan Liga M musim 2024/2025.

"Untuk rekod, pemain ini pernah beraksi di liga beberapa buah negara antaranya Finland dan Kemboja," ciapnya.

BACA LAGI: Serangan tak cukup 'umpph' antara poin resahkan fans Gergasi Merah

BACA LAGI: Dah lepak dengan Nidzam Jamil, Selangor mungkin terima khidmat import Korea Selatan

Penyerang berketinggian 1.77 meter (m) itu mempunyai rekod yang baik apabila meledak 62 gol dan 10 bantuan jaringan (assist) dalam 136 penampilan.

Musim terbaik Mika ialah mewakili FC KTP dalam liga divisyen kedua Finland apabila meledak 36 jaringan dalam 61 penampilan sekali gus hampir separuh gol yang dilakukannya itu ketika bersama kelab tersebut.

Pemain berusia 31 tahun itu juga boleh beraksi di posisi sayap pernah merekodkan 19 gol dalam Liga Finland sekali gus memberikan gambaran pesaing baharu penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva selepas ketiadaan Ayron del Valle.

Namun begitu, menjadi persoalan adakah Mika mampu menyesuaikan diri dengan cepat dalam Liga M memandangkan cuaca, padang dan corak permainan amat berbeza dengan Eropah.

Untuk rekod Mika pernah beraksi di Kemboja bersama Svay Rieng namun lebih banyak menghabiskan masa di negara-negara Eropah seperti Sepanyol, Switzerland dan Finland.

Negeri Sembilan sudah merekrut lima pemain import baharu iaitu Hein Htet Aung (Myanmar), Takumi Sasaki (Jepun), An Sang-su (Korea Selatan), Jacque Faye (Senegal) dan Aliyu Abubakar (Nigeria). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram