[VIDEO] Pernah rantai bekas penyerang England, Shahrul Saad jadi mangsa amukan Liverpool


  • Podium
  • Selasa, 23 Apr 2024

Antara momen Sharul (kiri) ketika mewakili Felda United menentang Liverpool pada 2015. — Facebook/FAM

KETIKA kempen pramusim berlangsung, penyokong akan dihidang dengan perlawanan persahabatan bertaraf antarabangsa dengan ada beberapa pasukan memanggil kelab luar negara untuk menjadi menguji corak permainan mereka.

Perlawanan pramusim juga dilakukan oleh kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan tujuan menjadi platform pertemuan bersama penyokong luar England seperti peminat-peminat mereka di tanah air.

Kelab gergasi England, Liverpool antara kelab popular Eropah yang pernah berkunjung ke tanah air apabila skuad The Reds memilih Felda United sebagai lawan aksi pemanas badan pada musim 2015.

BACA LAGI: Ledak gol lawan kelab Sepanyol, pemain belia JDT ada 'vibe' Kunanlan

Memitik laporan media pada sembilan tahun lepas, Liverpool mencatat kemenangan 7-0 ke atas pasukan Felda United di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur bagi menggembirakan 7,000 penyokong The Reds yang hadir.

Ketika perlawanan menentang kelab Liga Super itu, bekas penyerang England, Danny Ings mencuri tumpuan dengan menjaringkan hatrik. Penjaring lain ialah Joe Maguire, Lazar Markovic, Joao Teixeira dan Sheyi Ojo.

Sebelum Ings meledak tiga gol buat skuad kendalian Brendan Rodgers ketika itu, penyerang yang kini beraksi untuk pasukan West Ham berkenaan sempat dirantai oleh pertahanan kental kebangsaan, Shahrul Saad.

Shahrul yang ketika itu baru berusia 22 tahun mendapat kepercayaan Irfan Bakti Abu Salim untuk mengawal Ings dan sekali gus menjadi kesebelasan utama skuad The Fighters pada perlawanan berkenaan.

BACA LAGI: Tanpa Brendan Gan, Selangor beri bayangan kapten Gergasi Merah baharu

WhatsApp Image 2024-04-23 at 16.44.18

Shahrul mendapat kepercayaan untuk menjadi kapten pada aksi menentang Club Costa City. — Facebook/FAM

Aksi bertemu Liverpool itu boleh dianggap sebagai perlawanan pertama pemain kebangsaan berkenaan mendapat pendedahan menentang kelab gergasi EPL dan membantu Shahrul membina namanya sebagai pertahanan tengah terbaik negara.

Skil Shahrul bertambah baik apabila dia menyertai Harimau Selatan pada musim 2021 kerana JDT juga sering mengadakan perlawanan persahabatan menentang kelab Eropah seperti Borrusia Dortmund pada tahun lepas.

Kini, Shahrul berada di Sepanyol bagi jelajah pramusim dari 14 hingga 30 April ini dengan tujuh perlawanan persahabatan dijadualkan dalam tempoh dua minggu. Setakat ini, JDT sudah meraih tiga kemenangan berturut-turut.

Terbaharu, juara bertahan Liga Super itu mudah membelasah Club Costa City 7-0 di Stadium Olimpik Camilo Cano, Alicante, Sepanyol pada Isnin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram