Serangan tak cukup 'umpph' antara poin resahkan fans Gergasi Merah


  • Podium
  • Selasa, 23 Apr 2024

Selangor berjaya menewaskan Perak 3-2 dalam aksi persahabatan di Stadium Ipoh, Perak pada Sabtu.

SELANGOR FC akan memulakan kempen Selangor Asia Challenge (SAC) 2024 bertemu tiga pasukan Asia Tenggara, iaitu DPMM FC (Brunei), Balestier Khalsa FC (Singapura) dan Young Elephants FC (Laos) dalam kejohanan empat penjuru itu di Stadium Petaling Jaya pada 26 dan 28 April ini.

Gergasi Merah pasti mahu merebut trofi itu selepas kali terakhir tewas di tangan True Bangkok United (Thailand) menerusi sepakan penalti 2-4 pada edisi 2020.

Namun begitu, sebelum kejohanan SAC pada hujung minggu ini, Selangor dijemput Perak FC untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan di Stadium Ipoh, Perak yang menyaksikan anak-anak buah Nidzam Jamil memenangi aksi itu dengan keputusan 3-2 hasil jaringan Faisal Halim, Alvin Fortes dan Yohandry Orozco.

Walapun merekodkan kemenangan, masih ada penyokong Selangor tidak berpuas hati dengan beberapa posisi di dalam kem Gergasi Merah.

Majoriti senaraikan tiga posisi yang penyokong mahu Nidzam Jamil perbaiki dengan segera sebelum Liga Super membuka tirainya pada 10 Mei nanti:

BACA LAGI: Bekas bintang JDT kini jadi 'supplier' akademi Harimau Selatan di Terengganu

Cheng

Quentin Cheng.

1. Posisi pertahanan kanan

Rata-rata komen di media sosial mahu pertahanan kanan segera diperbaiki memandangkan kawasan itu menjadi lubuk Selangor sejak sekian lama.

Quentin Cheng menjadi pilihan utama Nidzam untuk dia beraksi di sebelah kanan dengan beberapa pemain muda sebagai 'back up'.

Permintaan penyokong bola dianggap relevan kerana Selangor masih mempunyai baki kouta import selepas meminjamkan dua pemain asing ke pasukan lain musim depan.

Pemain import pertahanan di sebelah kanan dianggap ideal buat Selangor yang akan bersaing dalam pentas Asia pada musim depan.

2. Corak permainan

Penyokong Selangor mungkin masih belum boleh menerima transisi corak permainan yang dibawa Nidzam Jamil yang gemar melakukan serangan berbanding penguasaan bola.

Umum mengetahui, bekas jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe gemar menggunakan taktikal 'possession football' yang mementingkan mereka menguasai permainan.

Mungkin penyokong terima corak permainan yang dibawa Nidzam Jamil tapi mereka pastinya mahu permainan tiki-taka itu tidak ditinggalkan sepenuhnya oleh pasukan Selangor.

BACA LAGI: Pernah minta bantuan KBS, TMJ penyelamat karier Hafizh Syahrin

3. 'Squad depth' yang sama kualiti

Mula timbul persoalan dalam kalangan penyokong jika pemain-pemain utama mereka mengalami kecederaan dan adakah penggantinya mempunyai kualiti yang sama?

Ini kerana selepas penyokong kagum melihat aksi Alvin Fortes, timbul persoalan adakah mereka mempunyai pengganti yang baik jika bintang import itu cedera.

Dengan jendela perpindahan yang masih dibuka, penyokong mahu pihak pengurusan segera melakukan penambahbaikan agar tidak menjadi huru-hara di penghujung musim nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram