STADIUM Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kini dalam proses kerja menaik taraf infrastruktur demi memastikan venue Gergasi Merah memenuhi keperluan serta ketetapan saingan Liga Malaysia (Liga M) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada musim depan.
Namun, proses kerja menaik taraf infrastruktur itu semakin selesai apabila penyokong berpeluang melihat wajah baharu Stadium MBPJ pada hujung minggu ini selepas pihak pengurusan telah menganjurkan kejohanan Selangor Asia Challenge (SAC) 2024 bagi siri pramusim di venue berkenaan.
Ini sekali gus mewujudkan perasaan teruja penyokong Selangor untuk kembali memeriahkan suasana stadium yang terletak di tengah bandar raya Petaling Jaya pada hujung minggu ini.
Perasaan teruja yang tidak boleh disembunyikan oleh penyokong Selangor itu telah berkongsi gambar wajah baharu rumah keramat mereka di media sosial dan rata-ratanya memberikan reaksi begitu positif mengenai proses kerja menaik taraf itu.
Tetapi lain pula bagi penyokong yang turun padang untuk melihat sendiri venue berkenaan kerana mereka tidak gembira dengan proses naik taraf itu serta mendakwa kontraktor projek seolah-olah melakukan kerja dengan cacamarba.
Penyokong yang turun ke stadium telah berkongsi gambar dan meninggalkan komen di Facebook.
"Saya hampir tiap-tiap hari ada dekat stadium ini untuk 'jogging', kebanyakkan kerja kontraktor ini buat tak kemas, banyak benda 'delay' sampai Datuk Bandar datang 'check' dan 'audit' sekali.
"Bila nak pakai stadium untuk Piala Selangor (SAC) baru semua terhegeh-hegeh buat kerja, masalah tak ada orang 'monitor closely' dalam gambar dia 'highlight' yang lawa sahaja.
"Banyak lagi benda nak kena 'repair' itu," kata Abdul Khalid.
BACA LAGI: Fans hairan bin ajaib, KDN seolah-olah ‘copy paste’ Kelantan FC
Struktur bumbung yang tidak diperbaiki pihak kontraktor. — Facebook/Kin Ng
Perkara disampaikan Khalid itu juga senada dengan penyokong lain yang turut berkongsi gambar berkenaan dakwaan kontraktor tidak melakukan kerja dengan kemas.
"Ya, contoh sebahagian bumbung dah rosak, mereka hanya cabut sahaja dan tak buat balik.
"Cat juga ada beberapa tempat yang tidak dibuat kemas," luah Kin Ng.
Cat yang tidak dibuat kemas seperti didakwa penyokong. — Facebook/Kin Ng
BACA LAGI: Bukan masa sesuai ganti KJ sebagai Presiden FAM — Pekan Ramli
Dalam keterujaan penyokong untuk kembali ke Stadium MBPJ pastinya mereka mahu kerja-kerja menaik taraf infrastruktur dilakukan dengan baik demi kebaikan pasukan.
Untuk info, Selangor akan melayani kunjungan tiga kelab Asia Tenggara, iaitu DPMM FC dari Brunei, Balestier Khalsa FC dari Singapura dan Young Elephants FC dari Laos dalam kejohanan empat penjuru itu di Stadium Petaling Jaya pada 26 dan 28 April ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram