Legenda import rindu Terengganu, turun stadium beri sokongan kepada Hai-O


  • Podium
  • Khamis, 18 Apr 2024

Issey pernah menyarung jersi Terengganu pada musim 2015 sehingga 2017.

BEKAS pemain import Terengganu FC, Issey Nakajima-Farran dilihjat berada di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu untuk memberikan sokongan padu kepada skuad kendalian Hairuddin Omar, Terengganu II dalam kejohanan Agarbomb Performance Cup pada Rabu.

Dalam perlawanan itu Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berjaya menewaskan Terengganu II dengan keputusan 1-0 hasil jaringan Fayadh Zulkifli pada minit ke-17 perlawanan.

Bekas pemain nasional Kanada itu berkongsi suasana di dalam stadium yang mana dia teruja melihat individu yang pernah bersamanya di Terengganu kini menjadi ketua jurulatih untuk pasukan masing-masing.

"Saya nampak Nafuzi di Kedah, suatu masa dahulu beliau adalah penolong jurulatih saya dan Hai-O bersama saya satu pasukan di Terengganu.

"Jadi kita akan melihat mereka sebagai jurulatih, saya di sini mahu melihat rumah dan seluruh stadium yang mana telah menggamit banyak kenangan di sini," katanya.

BACA LAGI: Lantik jurulatih baharu, Khairul Helmi dan Syed Sobri tanya mana gaji 7 bulan?

Untuk info, Issey pernah mewakili dua kelab Liga Malaysia iaitu Terengganu dan Sri Pahang FC sebelum kembali ke negara kelahirannya, Kanada.

Momentum terbaik Issey dalam Liga Malaysia ialah ketika bersama Terengganu yang mana dia membantu pasukan itu kembali ke Liga Super pada 2017 dengan merekodkan 32 jaringan dalam 61 penampilan.

Manakala bersama Pahang pula, Issey berjaya menjaringkan enam gol dalam 10 penampilan terakhir sebelum menyertai Pacific FC pada 2019.

BACA LAGI: Tanpa Brendan Gan, Selangor beri bayangan kapten Gergasi Merah baharu

Kedah dan Terengganu kini berkongsi mata dalam kejohanan Agarbomb Performance Cup selepas kedua-dua pasukan memenangi perlawanan pertama kejohanan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram