Kelebihan 2-1, Safuwan lebih layak galas tugas kapten Gergasi Merah berbanding Faisal Halim


  • Podium
  • Jumaat, 19 Apr 2024

TEKA-TEKI siapa pengganti Brendan Gan sebagai kapten Selangor masih belum terjawab. — Facebook/Selangor FC

SELANGOR FC seolah-olah berada dalam kelas tersendiri menjelang aksi Piala Sumbangsih berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada 10 Mei depan apabila melakar keputusan cukup cemerlang sepanjang aksi pramusim.

Walaupun Selangor melantik ketua jurulatih baharu, Nidzam Jamil ia tidak mengganggu persiapan pramusim mereka apabila berjaya merekodkan kemenangan ke atas beberapa pasukan dalam dan luar negara.

Namun kini menjadi persoalan siapakah yang bakal menggalas jawatan kapten Selangor selepas Brendan Gan tidak lagi bersama pasukan itu untuk musim depan.

Dua nama yang dijangka memakai lilitan kapten tersebut ialah Safuwan Baharudin dan Faisal Halim atas faktor pengalaman mereka di dalam dan luar negara.

Majoriti menyenaraikan tiga faktor penting yang mungkin diambil kira oleh Nidzam Jamil untuk melantik ketua pasukan musim ini:

BACA LAGI: Tanpa Brendan Gan, Selangor beri bayangan kapten Gergasi Merah baharu

Faisal Halim

Faisal Halim memakai lilitan kapten Selangor. Facebook/NSFC

1. Pengalaman

Jika di antara Safuwan dan Faisal, pemain kelahiran Singapura itu dilihat mempunyai kelebihan untuk menjadi kapten pasukan kerana pengalamannya beraksi di pentas antarabangsa.

Untuk rekod Safuwan mempunyai 110 kaps bersama Singapura dan pernah beraksi di Liga Singapura, Australia dan Malaysia.

Manakala Faisal pula merekodkan 29 penampilan di pentas senior dan hanya mewakili empat kelab dalam Liga Malaysia iaitu Penang FC, Sri Pahang FC, Terengganu FC dan Selangor.

2. Prestasi

Jika ingin mengukur perbezaan prestasi buat kedua-dua pemain tidak adil untuk membuat penilaian itu memandangkan Safuwan dan Faisal bukanlah posisi yang sama.

Namun kehadiran Faisal memberikan impak segera di posisi penyerang Selangor apabila berjaya menjaringkan 13 gol dan 11 'assist' dalam 26 penampilan.

Manakala kemasukan Safuwan semasa jendela perpindahan kedua terus mendapat memikat hati penyokong Selangor kerana ketangkasannya menggantikan Yazan Al-Arab.

Mengikut prestasi musim lalu, kedua-dua individu itu mempermainkan peranan yang cukup baik sehingga membantu Selangor layak ke pentas Asia tahun ini.

BACA LAGI: Legenda import rindu Terengganu, turun stadium beri sokongan kepada Hai-O

Untitled design - 1

Safuwan pernah dilantik menjadi kapten Selangor. Facebook/Selangor FC

3. Pengaruh

Memang tidak dinafikan pengaruh Faisal dalam 'scene' bola sepak negara amat besar selepas dia memainkan peranan penting dalam kebangkitan Harimau Malaya beberapa tahun kebelakangan ini.

Bersama Harimau Malaya, Faisal pernah dilantik menjadi kapten pasukan untuk mengetuai pemain-pemain besar yang lain seperti Matthew Davies, Dion Cools, Corbin-Ong, Safawi Rasid dan ramai lagi.

Manakala, pengaruh Safuwan dalam kalangan pemain tempatan mungkin tidak seluas Faisal akan tetapi 'leadership' yang ada padanya semasa bersama skuad nasional Singapura sangat berharga.

Kini menjadi persoalan individu manakah paling sesuai untuk menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan Brendan Gan. Adakah Safuwan atau Faisal? — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram