Tanpa Bergson, Harimau Selatan tetap mengaum di Real


  • Podium
  • Rabu, 17 Apr 2024

Sebahagian aksi menarik Harimau Selatan ketika berdepan Real Murcia FC. — Facebook/JDT

PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menempuh tujuh perlawanan mencabar bagi aksi pra-musim di Sepanyol bermula langkah kanan selepas meraih kemenangan pertama di bumi Sepanyol.

Skuad kendalian Hector Bidoglio itu menunjukkan taring sebenar apabila berjaya menewaskan pasukan divisyen tiga Sepanyol, Real Murcia FC dengan keputusan 3-0.

Perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Nueva Condomina, Sepanyol pada Rabu itu menyaksikan Harimau Selatan dengan mudah mendapatkan rentak permainan dan keserasian apabila berjaya menembusi gawang pihak lawan.

Menariknya aksi tersebut, pemenang Pemain Paling Bernilai (MVP) tiga musim berturut-turut, Arif Aiman Hanapi antara watak penting yang berjaya merobek gawang pihak lawan.

BACA LAGI: Mat Don kurang sengat, 3 pemain lokal cuba nasib pikat Nafuzi Zain

WhatsApp Image 2024-04-17 at 20.25.13 (1)

Arif Aiman tunjuk taring ledak satu gol di bumi Sepanyol. — Facebook/JDT

BACA LAGI: Pemain TRW, pelabur mahu mulakan saman terhadap Zamsaham — Peguam

Selain Arif Aiman, Jalil Elias dan Francisco Geraldes antara tonggak yang turut menyumbang kemenangan tersebut dengan masing-masing mencetak satu gol.

Jordi Amat yang mengetuai benteng pertahanan Harimau Selatan nampaknya tidak mahu memberi peluang kepada anak-anak buah Gustavo Munua untuk mencetak sebarang jaringan.

Meskipun begitu, nama penyerang berbisa Harimau Selatan, Bergson da Silva menjadi sebutan penyokong tanah air.

Ia susulan selepas kelibat tonggak Harimau Selatan itu tidak diturunkan dalam aksi persahabatan tersebut.

"Tiada Bergson pun JDT masih boleh menang," kata Ahmad Hafiz.

"Bergson tak main pun boleh menang je JDT ni kan," kata Rahimm.

"No Bergson no hal, JDT menang boleh besar dekat Sepanyol," kata Rais PJ.

Selain Real Murcia, pasukan yang bakal menjadi medan ujian JDT bagi persiapan Liga Malaysia dan AFC Champions League Elite (ACLE) 2024/25 ialah CF La Nucia, UD Castellonense, CD Alcoyano, CD Eldense, Club Costa City dan CF Benidorm. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram