[VIDEO] Fans Sang Garuda 'serang' ref berat sebelah


  • Podium
  • Rabu, 17 Apr 2024

Qatar mengecewakan Indonesia dengan keputusan 2-0 di laman sendiri. — AFC

QATAR membuka kempen Kumpulan A Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) di laman sendiri dengan kemenangan selesa 2-0 ke atas Indonesia yang berlangsung di Stadium Jassim bin Hamad pada Selasa.

Dalam perlawanan yang penuh dramatik itu menyaksikan skuad kendalian Shin Tae-yong terpaksa berputih mata apabila dilayangkan dua kad merah sekali gus menyebabkan skuad Sang Garuda beraksi dengan 10 pemain.

Qatar menjaringkan gol pendahuluan pada masa kecederaan babak pertama menerusi sepakan penalti Khaled Ali sebelum Ahmed Al Rawi menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan percuma menarik.

Indonesia yang tewas dengan keputusan 0-2 itu nyata tidak berpuas hati dengan tindakan pengadil perlawanan, Nasrullo Kabirov yang menghadiahkan sepakan penalti kepada Qatar meskipun tiada sentuhan daripada pemain Sang Garuda.

BACA LAGI: Mat Don kurang sengat, 3 pemain lokal cuba nasib pikat Nafuzi Zain

BACA LAGI: Tanpa Bergson, Harimau Selatan tetap mengaum di Real

Pengadil perlawanan tidak teragak-agak untuk melayangkan kad merah apabila mendakwa Ivar Jenner yang dikesan mengasari pihak lawan.

Bukan itu sahaja, kad merah kedua mengiringi kekecewaan penyokong Indonesia apabila Ramadhan Sananta pula turut menerima nasib yang sama pada minit-minit akhir perlawanan.

Dalam pada itu, menjengah ruangan komen, rata-rata penyokong Sang Garuda itu tidak berpuas hati dengan tindakan pengadil berkenaan yang didakwa terburu-buru mengambil keputusan.

"Better resign sajalah pengadil tu, nampak sangat berat sebelah," kata Ricky Seran.

"Bagi saja Qatar menang, kad merah pertama tidak sentuh pemain pun," kata Bayu Parkoso.

"Referee paling terbaik dalam dunia, nampak sangat berat sebelah," kata Junaidi Sultanik Sahi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram