TATKALA setiap kelab Liga Super membuat persediaan pramusim, Kelantan Darul Naim (KDN) FC turut tidak mahu ketinggalan dalam mengadakan aksi pemanas badan.
Di bawah kendalian penolong Ketua Jurulatih ketika ini, Rezal Zambery Yahya berkata, pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur itu akan beradu tenaga dengan salah sebuah wakil kelab di Thailand.
Tidak seperti kelab gergasi tanah air, Johor Darul Ta'zim (JDT) yang bersemangat untuk terbang ke Sepanyol, KDN FC memilih kelab di negara jiran untuk mengadakan aksi pramusim.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, KDN FC akan mengadakan perlawanan pramusim berdepan wakil kelab Liga 3 Thailand iaitu Pattani FC yang berlangsung pada Rabu (17 April) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan.
Menurutnya, perlawanan berkenaan bertujuan untuk mencari keserasian pemain menjelang pembukaan kempen Liga Malaysia Mei nanti.
BACA LAGI: Mat Don kurang sengat, 3 pemain lokal cuba nasib pikat Nafuzi Zain
Menurut Rezal, aksi pemanas badan tersebut bertujuan untuk mencari keserasian para pemain. — Facebook/KDNFC
BACA LAGI: Peguam akui terima 'call' bekas pemain Kelantan sangkut gaji
Pertemuan 'sparring match' menentang Pattani FC, pihak kejurulatihan Kelantan Darul Naim FC memfokuskan kepada keserasian barisan pemain setelah lebih sebulan menjalani sesi latihan.
Menurut Rezal Zambery, dia mengakui bahawa perlawanan tersebut akan menjadi ujian kepada para pemain kerana ia adalah aksi kompetitif pertama mereka.
Justeru itu, dia melihat akan ada beberapa corak permainan serta gandingan pemain akan diterapkan untuk perlawanan latihan menentang kelab dari Liga Thai 3 tersebut.
"Memang ini perlawanan ujian untuk pemain tetapi kami lebih fokus untuk melihat keserasian semua pemain termasuk import selepas sebulan berlatih. Ini juga adalah perlawanan kompetitif pertama kami, jadi kami akan cuba beberapa gandingan.
"Ketika ini, persiapan berjalan seperti biasa sebaik pemain kembali dari cuti Aidilfitri. Kita memulakan sesi latihan. Pemain pula dalam kondisi yang sangat baik.
"Jadi, pihak kejurulatihan merancang beberapa strategi supaya semua pemain dapat menyesuaikan diri dengan taktikal yang akan dimainkan. Sebab itu kami berhasrat untuk mencuba beberapa gandingan pemain.
KDN FC bakal turun aksi kompetitif sulung mereka sempena pramusim dan kehadiran Pattani FC cukup penting buat para jurulatih untuk menilai tahap persediaan mereka sebelum menentang beberapa lagi pasukan dalam dan luar negara menjelang sepak mula Liga Super pada 11 Mei depan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram