SKUAD Harimau Muda dalam misi besar untuk berdepan lawan yang bukan calang-calang di pentas Asia.
Menjelang perlawanan pembukaan Kumpulan D saingan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) 2023 di Doha, Qatar pada Rabu, skuad Harimau Muda yang akan berdepan Uzbekistan dilihat sudah diberikan amaran awal.
Uzbekistan merupakan pasukan yang cukup sinonim dengan kejohanan berkenaan apabila mara dua kali ke pentas akhir dalam tiga edisi lalu dengan pencapaian terbaik muncul juara pada edisi 2018.
Ketua Jurulatih Uzbekistan, Timur Kapadze berkata, kemenangan pembukaan akan memastikan pasukannya berada dalam kedudukan yang baik kerana mereka ingin mengulangi kejayaan memenangi gelaran juara 2018 dan mengesahkan tempat di Sukan Olimpik Paris.
“Kami datang ke sini dengan sasaran untuk memenangi kejohanan ini. Tetapi peluang juga terbuka kepada pasukan lain.
"Pasukan saya tidak mengalami sebarang kecederaan dan sudah bersedia untuk kejohanan tersebut untuk tempoh yang lama, pemain saya sudah bersedia dan kami mahu mencapai sasaran kami.
“Perlawanan pembukaan sangat penting. Kami akan meraih kemenangan dan kami yakin tetapi pada masa yang sama, kami akan menghormati Malaysia,” kata Kapadze.
BACA LAGI: Mat Don kurang sengat, 3 pemain lokal cuba nasib pikat Nafuzi Zain
Skuad Harimau Muda dilihat sudah cukup bersedia untuk menghadapi cabaran Uzbekistan. — Facebook/FAM
BACA LAGI: Peguam akui terima 'call' bekas pemain Kelantan sangkut gaji
Malaysia, yang layak ke kejohanan itu sebagai salah satu daripada empat naib juara terbaik, realistik tentang peluang mereka dengan pengendali B-23, Juan Garrido Torres berharap peluang menentang pasukan yang lebih kuat seperti Uzbekistan akan menjadi motivasi kepada pemainnya untuk tampil cemerlang.
“Kami gembira berada di sini. Kami berharap untuk menambah baik keputusan sebelum ini dan kami tetapi perlu diingat bahawa kami harus berbangga mewakili negara kami.
“Persediaan kami adalah baik walaupun dalam tempoh yang singkat. Kami teruja untuk menghadapi pasukan seperti Uzbekistan.
“Pemain mahu bermain dalam perlawanan ini dan ia memberi motivasi untuk menentang pasukan seperti Uzbekistan.
“Kami tahu kami akan menentang salah satu pasukan pilihan yang mempunyai skuad yang sangat bagus. Kami tahu kami mesti berada pada tahap terbaik untuk bersaing menentang Uzbekistan,” kata Torres.
Selepas Uzbekistan, Malaysia akan menentang Vietnam pada 20 April sebelum menamatkan perlawanan Kumpulan D menentang Kuwait (23 April).
Skuad B-23 kebangsaan mempunyai peluang untuk mara ke peringkat seterusnya sekiranya berjaya menghuni kedudukan teratas dalam kumpulan D.
Tiga pasukan teratas dalam Piala Asia B-23 akan mara secara automatik ke Sukan Olimpik Paris manakala pasukan keempat akan melalui playoff menentang wakil Afrika, Guinea. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram