Peguam akui terima 'call' bekas pemain Kelantan sangkut gaji


  • Podium
  • Selasa, 16 Apr 2024

Zamsaham berkata, dia berasa lega apabila berjaya menyelesaikan tunggakan gaji secara beransur-ansur.

BARU-BARU ini, pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau dikenali sebagai Zamsaham lega apabila berjaya menyelesaikan tunggakan gaji secara beransur-ansur.

Zamsaham dalam satu kenyataan di laman sosialnya memberitahu bahawa pihaknya tidak lepas tangan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Pemilik kelab Kelantan FC itu sebelum ini sudahpun memberikan wang pendahuluan sebanyak RM1,000 kepada setiap pemain.

Menurut laporan akhbar tempatan sebelum ini, difahamkan segelintir pemain The Red Warriors (TRW) enggan menerima wang tersebut kerana mahu menuntut gaji penuh.

Bukan itu sahaja, salah seorang tonggak Kelantan FC, Khairul Helmi meluahkan rasa tidak puas hatinya selepas kenyataan yang dimaklumkan oleh Zamsaham itu.

Menurutnya, dia antara pemain yang belum menerima wang pendahuluan daripada Zamsaham.

BACA LAGI: Lambat kongsi perkembangan pramusim, Sabah FC harap fans dapat tahan sabar

Peguam Akmal

Muhammad Akmal Arif Shamsul Kahar akui menerima panggilan daripada beberapa pemain Kelantan FC berkaitan isu gaji.

BACA LAGI: Ismaheel ikut langkah 3 import Liga M pelajari budaya tanah air

Susulan itu, satu perkongsian di laman Facebook sempat mencuri tumpuan penyokong apabila dilihat berkait rapat dengan isu gaji pasukan Kelantan itu sendiri dengan nama Zamsaham turut terpalit.

"Tidak tahu kenapa, handphone saya 'berdentum' lebih 20 orang call pagi ini bertanyakan isu Zamsaham.

"Saya hanya asbab untuk menjadi pegawai pengantara mahkamah untuk kemuka pengadilan, selebihnya kita serahkan kepada Yang Maha Esa," tulisnya di Facebook.

Mengulas kenyataan tersebut, seorang peguam Muhammad Akmal Arif Shamsul Kahar berkata, dia akui bahawa menerima panggilan daripada beberapa pemain, staf dan para pelabur pasukan tersebut.

Meskipun begitu, dia enggan mendedahkan nama pemain dan staf berkenaan bagi menjaga privasi.

"Saya agak terkejut sebab yang telefon saya itu adalah satu daripada isu gaji pemain bola sepak tapi saya tak boleh nyatakan siapakah individu berkenaan.

"Tetapi apa yang saya boleh katakan bahawa terdapat tujuh pemain, empat orang staf dan yang selebihnya adalah pelabur.

"Mereka bertanyakan mengenai tindakan saman, isu perundangan dan sebagainya," katanya kepada Majoriti.

Sebelum ini, Akmal pernah menerima laporan yang sama apabila dua pelabur tampil menuntut kembali wang pelaburan yang dibuat atas syarikat dimiliki oleh Zamsaham. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram