Tonggak Rubin Kazan antara ujian besar pertahanan Harimau Muda


  • Podium
  • Rabu, 17 Apr 2024

Uzbekistan pernah menjuarai Piala Asia B23 pada 2018. — Agensi

MALAYSIA akan memulakan cabaran pertama saingan Kumpulan D Piala Asia B23 menentang Uzbekistan di Stadium Antarabangsa Khalifa, Qatar pada 18 April 2024.

Anak-anak buah Juan Torres Garrido di undi dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait yang akan memulakan cabaran pada Khamis.

Melihat perbezaan ranking skuad Uzbekistan yang berada pada kedudukan ke-64 dunia, pastinya memberikan saingan sengit buat Harimau Muda.

Skuad muda Uzbekistan juga dibarisi pemain-pemain yang berpengalaman malahan ada yang menjadi 'regular starter' buat kelab di Eropah.

Majoriti senaraikan tiga bintang tumpuan yang akan menjadi cabaran hebat buat benteng pertahanan Harimau Muda pada Rabu:

BACA LAGI: Hanya guna 5 pemain import, pemilik Kedah jawab status Mat Don

Diyor Kholmatov

Kholmatov sudah melakukan 84 penampilan dalam kesemua kejohanan bersama Pakhtakor Tashkent. Agensi

1. Diyor Kholmatov

Pemain muda yang sedang meningkat naik, Diyor Kholmatov sudah mendapat pendedahan luas di peringkat senior apabila mewakili skuad utama Uzbekistan dalam Piala Asia baru-baru ini.

Kholmatov yang mewakili kelab gergasi Uzbekistan, Pakhtakor Tashkent sudah melakukan 84 penampilan dalam kesemua kejohanan tempatan serta Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Bersama Pakhtakor, pemain berusia 21 tahun itu sudah tampil dalam empat perlawanan dan menjaringkan satu gol buat pasukannya.

Kholmatov yang beraksi di posisi tengah itu mempunyai 'vision' dalam hantaran bola dan berbahaya dalam kotak penalti ketika pasukannya melakukan hantaran.

2. Jasurbek Jaloliddinov

Kalau Harimau Malaya mempunyai Arif Aiman, Uzbekistan pula memiliki Jasurbek Jaloliddinov yang beraksi di posisi sayap kanan.

Pemain yang mempunyai hantaran dan rembatan berkaki kidal ini mampu membuatkan pihak lawan kecewa setiap kali dia memulakan serangan.

Musim ini, Jaloliddinov menyertai Neftchi Fergana dan sudah tampil dalam empat perlawanan serta merekodkan satu 'assist'.

Tugas sukar buat pertahanan Harimau Muda jika tidak mengawasi pergerakan pemain berusia 21 tahun itu yang mahir menewaskan pihak lawan apabila situasi satu lawan satu.

Jaloliddinov juga mempunyai pengalaman beraksi di Liga Rusia bersama Lokomotiv Moscow sebelum kembali ke Uzbekistan pada 2020.

BACA LAGI: 'Bakal jadi perlawanan epik', kelibat Wan Zack, insiden berdarah bayangi pertemuan 'El Clasico Malaya'

3. Umarali Rakhmonaliev

Umarali Rakhmonaliev pasti mempunyai misi tersendiri untuk memastikan bahagian tengah Uzbekistan berada dalam keadaan yang tenang daripada serangan Harimau Muda.

Pemain berusia 21 tahun yang beraksi untuk kelab Rusia, Rubin Kazan itu telah tampil dalam 10 penampilan bersama pasukannya itu.

Rakhmonaliev yang berketinggian 1.70 meter itu mempunyai corak permainan persis Brendan Gan semasa usia mudanya.

Kecemerlangan Rakhmonaliev bersama Bunyodkor Tashkent berjaya menarik minta Rubin Kazan untuk membawanya ke Eropah pada musim ini.

Fergus Tierney, Luqman Hakim, Haqimi Azim pastinya mendapatkan tentangan sengit daripada pemain berusia 21 tahun itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram