Hujan lebat halang Sri Pahang jadi sehebat TBG, gagal pesta gol lawan juara SPL


  • Podium
  • Selasa, 16 Apr 2024

Antara aksi perlawanan Sri Pahang menentang Albirex Nigata. — Facebook/Sri Pahang FC

SRI PAHANG FC terpaksa menangguhkan hasrat mereka untuk menambah duka juara Singapore Premier League (SPL), Albirex Niigata selepas perlawanan dihentikan akibat hujan lebat dan kilat di Stadium Jalan Besar, Singapura pada Selasa.

Menerusi perkongsian laman media Sri Pahang, anak-anak buah Fandi Ahmad berjaya menjaringkan gol pada babak pertama perlawanan hasil ledakan pemain import baharu, Aleksandar Cvetkovic.

Akibat hujan lebat dan kilat, perlawanan pertama Sri Pahang di Singapura itu hanya berlangsung selama 35 minit sebelum aksi tersebut terpaksa dihentikan atas faktor keselamatan.

Ia sekali gus membantu Sri Pahang untuk mengulangi kejayaan Perak FC dalam menewaskan juara SPL dengan keputusan 3-1 di Stadium Ipoh, Perak pada 30 Mac lalu.

BACA LAGI: 'Bakal jadi perlawanan epik', kelibat Wan Zack, insiden berdarah bayangi pertemuan 'El Clasico Malaya'

Sri Pahang

Pemain-pemain Pahang meraikan jaringan Cvetkovic. — Facebook/Sri Pahang FC

BACA LAGI: Hanya guna 5 pemain import, pemilik Kedah jawab status Mat Don

Antara pemain-pemain yang diturunkan oleh Fandi Ahmad menentang Albirex Nigata ialah Izham Tarmizi, Mykola Agapov, Manuel Hidalgo, Azam Azih, Azrif Nasrulhaq dan bintang lain.

Musim ini, Tok Gajah membawa masuk beberapa import baharu dengan mengekalkan Stefano Brundo dan Kpah Sherman.

Untuk info, Sri Pahang sedang melakukan latihan pramusim di Singapura dengan dijadualkan menentang pasukan Albirex Nigata (16 April) dan Geylang International FC pada Khamis nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram