PEMINAT sukan tempur atau seni mempertahankan diri (MMA) pasti teruja untuk menyaksikan Kejohanan UFC 300 yang berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat pada Ahad.
Pertembungan antara peninju Brazil, Charles Oliveira dan bintang meningkat naik, Arman Tsarukyan menjadi salah satu aksi tumpuan dengan masing-masing mempunyai reputasi cukup mengagumkan.
Bagaimanapun, kehangatan tercetus sebelum perlawanan tersebut berlangsung apabila Arman kelihatan mengalami ketegangan dengan penyokong ketika dalam perjalanan ke gelanggang.
Menurut satu klip yang kini tular di media sosial, atlet kelahiran Armenia itu didapati melepaskan tumbukan terhadap seorang individu tidak dikenali.
BACA LAGI: Pernah jadi mangsa buli kerana fizikal, Agilan bangkit bergelar atlet MMA bertaraf dunia
Arman had a fight before fighting Charles, 2-0 in one night wow pic.twitter.com/obFbHUDLSK
— AWUREDO (@AOUREDOO) April 14, 2024
BACA LAGI: Atlet MMA tumbuk YouTuber masa 'live'
Namun, punca di sebalik ketegangan itu masih tidak diketahui dengan ada beranggapan dia berbuat demikian selepas penonton itu cuba mengganggu fokusnya untuk perlawanan tersebut.
Insiden itu bagaimanapun tidak membawa sebarang impak terhadap persembahannya dalam gelanggang apabila dia mudah menewaskan Oliviera dalam satu aksi cukup hangat.
Kemenangan berkenaan sekali gus membantu Arman menempah tiket untuk berdepan bintang MMA global, Islam Makhachev dalam misi memburu gelaran.
Kedua-dua mereka pernah berentap pada 2019, iaitu ketika perlawanan pertama Arman dalam kategori lightweight dengan lawannya itu meraih kemenangan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram