Bengang kereta pengurus Perak kena pecah, fans Seladang balas dendam sembur cat bas JDT


  • Podium
  • Sabtu, 13 Apr 2024

Bas JDT yang disimbah dengan cat kuning oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

HASAD dengki timbul daripada perasaan tidak senang yang muncul dalam hati. Sifat tersebut berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap nikmat atau kelebihan yang dimiliki oleh orang lain.

Itulah yang kini dihadapi oleh Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila memegang gelaran sebagai pasukan gergasi tanah air.

Memegang gelaran sebagai juara bertahan Liga Super 10 kali berturut-turut, pastinya JDT sering menerima kecaman daripada peminat kelab lain.

BACA LAGI: Kelibat Azam Azmi beri petanda baik

Bas JDT

Bas JDT disimbah cat kuning dengan tertulis 'This Is Ipoh'.

BACA LAGI: 'Suami sporting boleh jadi dayus', ramai setuju keberanian Azmeer Yusof tegur sikap para isteri 'terkinja'

Dalam pada itu, mengimbau kembali insiden 10 tahun lalu, terdapat kes membabitkan segelintir penyokong Perak FA bertindak menyimbah cat kuning ke arah dua bas Harimau Selatan dalam kejadian di sebuah hotel di Ipoh ketika aksi Liga Super 2014.

Kedua-dua kenderaan itu diparkir di kawasan tempat letak kereta sebuah hotel tempat pasukan pelawat menginap di Ipoh.

Kejadian yang berlaku itu dipercayai bersifat balas dendam penyokong Seladang yang tidak berpuas hati dengan tindakan peminat Harimau Selatan ketika perlawanan di Stadium Larkin, Johor pada tahun yang sama.

Difahamkan, polis menahan empat penyokong Perak yang disyaki melakukan provokasi selepas perlawanan itu.

Selepas insiden tersebut, dua bas milik pasukan bola sepak JDT itu ditempatkan di kawasan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Unit 5, Sungai Senam, Ipoh bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Terdahulu, kereta milik pengurus Perak FA ketika itu, Datuk Azhar Ahmad dipecahkan oleh beberapa penyokong JDT. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram