'Tunggu dan lihat', MFL belum muktamad jumlah kelab Liga Super


  • Podium
  • Rabu, 10 Apr 2024

PUMA Orbita MFL 1 kekal sebagai bola rasmi Liga Malaysia 2024/25. — Facebook/MFL

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) akhirnya mengumumkan kalendar bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) bagi musim 2024/25 dengan mengambil kira 12 faktor.

Menerusi satu kenyataan oleh MFL pada Selasa, jadual perlawanan Liga Super melibatkan perlawanan minggu pertama sehingga minggu 13 (LS1 – LS13) bagi membolehkan kelab Liga Malaysia membuat persiapan awal untuk menghadapi musim baharu.

Jadual perlawanan itu melibatkan perlawanan 13 kelab yang akan bertanding dalam Liga Super 2024-2025.

Bagaimanapun, sekiranya badan bebas, First Instance Body (FIB), memutuskan hanya 12 kelab layak bertanding dalam Liga M musim ini, maka MFL akan menyemak semula kalendar dan jadual perlawanan yang lengkap sepanjang musim.

BACA LAGI: Kelantan FC sah beraksi Liga M3, dua lagi kelab dari Utara dan Borneo tarik diri

WhatsApp Image 2024-04-10 at 13.24.18

Juara Liga Super 2023, JDT akan bertemu Selangor FC dalam perlawanan Sumbangsih 10 Mei nanti. — Instagram/Officialjohor

BACA LAGI: Isu teknikal punca Kedah dilarang daftar pemain, FIFA akan tarik semula sekatan

Waktu sepak mula bagi jadual perlawanan yang telah dikeluarkan itu hanya akan dikemas kini sebaik sahaja mendapat pengesahan daripada penyiar rasmi MFL.

“12 faktor telah diambil kira dalam penentuan jadual melibatkan Kalendar FIFA 2023 yang melibatkan latihan Pasukan Kebangsaan (Kelayakan Piala Dunia 2026), Pertandingan AFC Champions League Elite (ACLE), Pertandingan AFC Champions League 2 (ACL2), Asean Club Championship (Shopee Cup), Pusingan kelayakan pertandingan AFC B20 2025, Pertandingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2024, Sukan Olimpik 2024, Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024," katanya.

“Terdapat juga faktor lain seperti pergerakan logistik dan operasi Video Bantuan Pengadil (VAR), venue perlawanan (Liga Super dan Piala MFL), tempoh rehat, perjalanan kelab, Hari Pelepasan Am Persekutuan dan Negeri yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri," tulisnya.

Sementara itu, Perlawanan Sumbangsih iaitu Piala Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2024 akan mempertemukan juara Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang naib juara Liga Super Selangor yang berlangsung pada 10 Mei nanti.

Seperti musim sebelumnya, perlawanan tersebut merupakan perlawanan pertama bagi Pertandingan Liga Super dan keputusan aksi itu akan dikira sebagai mata dalam Liga Super 2024/25. — The Star/LIMTEIKHUAT

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram