‘Kenapa nak tutup mulut Faisal Halim semata-mata jadi jujur?’


  • Podium
  • Sabtu, 29 Jul 2023

Faisal digantung sebulan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM. — Facebook/SelangorFC

WARTAWAN bola sepak gemar mengambil petikan dari kenyataan yang dikeluarkan oleh pemain dan jurulatih berikutan ia merupakan ungkapan menarik bagi menggambarkan suasana persembahan di atas padang.

Malangnya, ramai pemain mahupun jurulatih di Malaysia kurang mahir bercakap, ‘Kami melakukannya dengan baik’, ‘Kami mendapat tiga mata’, ia adalah hasil kerja berpasukan’, berikut adalah jenis kenyataan yang sering keluar dari mulut mereka.

Tidak seperti suasana semasa perlawanan, kenyataan biasa diungkapkan itu menyebabkan terdapat kekurangan dari segi semangat dan keghairahan dalam sidang akhbar selepas perlawanan,

Penyerang sayap lincah, Faisal Halim bagaimanpun tampil berbeza daripada yang lain, dia sentiasa menyampaikan komen daripada dirinya dan dihormati kerana pandangannya.

Pemain Selangor itu juga pernah menjadi kapten Harimau Malaya semasa Piala Mitsubishi AFF tahun lalu yang menunjukkan wataknya sebagai seorang pemimpin ataupun ketua pasukan.

Walau bagaimanapun, pemain yang lebih dikenali sebagai Mickey itu baru-baru ini menjadi tajuk utama atas sebab yang salah.

Tonggak berusia 25 tahun itu digantung selama sebulan berhubung kenyataan yang dibuatnya semasa wawancara selepas perlawanan Liga Super menentang Sabah pada tiga bulan lalu.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman berkata, Faisal telah melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM (kenyataan akhbar) dan Artikel 82 Statut FAM (sumbangan kepada media).

Artikel 61 mengatakan pegawai atau pemain tidak boleh membuat kenyataan kepada media, secara lisan atau bertulis tanpa kelulusan daripada Jawatankuasa Eksekutif.

WhatsApp Image 2023-07-29 at 17.11.28

Faisal merupakan pemain utama Harimau Malaya. — Facebook/FAM

Tetapi satu petikan daripada kenyataan Noor Azman menarik perhatian saya. “FAM ingin menasihatkan pemain yang bermain dalam Liga Malaysia supaya lebih berhati-hati ketika memberi kenyataan media dan mengambil iktibar daripada kes ini.”

Satu kenyataan dari FAM itu sudah cukup untuk menghalang pemain daripada memberikan pandangan mereka pada perlawanan atau bercakap tentang diri sendiri.

Bola sepak bukan tentang imej badan induk. Ia mengenai emosi, semangat dan kebenaran. Sukan sememangnya satu perniagaan pada hari ini dan untuk terus kekal hidup dalam industri, ia memerlukan ciri-ciri tersebut.

Jika anda menyekat mereka, ia akan menjejaskan permainan. Anda bukan sahaja menimbulkan ketakutan di kalangan pemain dan jurulatih untuk meluahkan perasaan mereka, malah pemasaran permainan juga akan terjejas.

Apa yang teruk sangat dengan kenyataan Faisal?

Dia berkata: "Saya kecewa dengan cara kita kalah. Semua orang dah tahu, setiap tahun berulang. Saya sebagai pemain kalau cakap direct, saya tiada duit untuk bayar denda dan sebagainya.

"Kalau perlawanan adil, kami kalah 1-0, 10-0 pun kami terima tapi dengan cara ini kami tak boleh terima. Kita tahu ramai yang ingin menjatuhkan pasukan Selangor, ramai yang tak senang hati dengan pasukan Selangor.

"Tetapi inilah bola sepak, kita perlu bermain dengan adil dan kita perlu ingat tentang kejujuran. Kami dari pihak Selangor inginkan perubahan, tak nak benda yang sama berlaku,”

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu bercakap mengenai mutu pengadilan yang sepatutnya adil susulan musim ini pelbagai keluhan mengenai perkara tersebut didengari.

Terdapat banyak keputusan yang dipertikaikan dan Faisal membuat rayuan untuk perubahan.

Adakah ia berniat jahat? Dan mengapa ia mengambil masa tiga bulan sebelum Faisal dihukum? Ia semakin membingungkan.

Faisal tidak menyalahkan sesiapa. Dia hanya mengeluarkan pandangan dan perasaannya dan dikongsi oleh orang lain.

WhatsApp Image 2023-07-29 at 17.11.27

Bojan juga sebelum ini pernah mengkritik mutu pengadilan. — Facebook/KLCity

Malah, jurulatih turut mengeluh mengenai mutu pengadilan tersebut. Bekas jurulatih Kuala Lumpur, Bojan Hodak berkata, beliau sudah menghantar banyak aduan rasmi dan FAM hanya berkata, mereka akan mengambil serius mengenai isu tersebut.

Faisal adalah pemain utama di bawah jurulatih kebangsaan Kim Pan-gon dan dia kini akan terlepas lima perlawanan untuk Selangor kerana kenyataan jujurnya itu.

Kritikan adalah sebahagian daripada permainan. Tidak semuanya sentiasa indah belaka. Mengapa mengekang kejujuran? Ya, peraturan adalah peraturan tetapi apabila ia tidak memerlukan semakan.

Perlu ada kesediaan untuk berkumpul dan membincangkan beberapa undang-undang yang mengawal permainan. Kami perlu melihat perubahan dari segi pengadilan.

Liga telah berkembang tetapi keputusan yang buruk telah menyebabkan beberapa pasukan mengalami kerugian. Itu harus berakhir.

Saya berharap Faisal kembali lebih kuat dalam permainan.

Lebih penting lagi, saya berharap dia dan semua pemain lain akan terus bercakap pendapat mereka. Bagaimana sekali pun, pemain yang menentukan hala tuju sukan bola sepak. — The Star/T. Avineshwaran

** Artikel ini berdasarkan komentar Wartawan Sukan The Star, T. Avineshwaran**

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram