Taring kembali tajam, Rozaimi mudah catat hatrik buat Sabah


  • Podium
  • Isnin, 08 Apr 2024

Sebahagian aksi menarik ketika Sabah FC B-23 mempertahankan benteng pertahanan daripada dibolosi pihak lawan. — Facebook/Sabahfc

SKUAD Sabah FC Bawah 23 Tahun (B-23) membuka kempen pra-musim 2024/25 dengan langkah kanan apabila membelasah kelab amatur tempatan, Sulaman FC dengan keputusan 7-4 pada Ahad.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah itu menyaksikan Sabah FC B-23 tampak bersemangat lebih-lebih lagi diketuai bekas penyerang kebangsaan, Rozaimi Abdul Rahman.

Menariknya perlawanan persahabatan tersebut, pastinya tumpuan tertumpu kepada bekas penyerang skuad kebangsaan itu kerana kemunculan pertamanya bersama pasukan yang berpangkalan di Borneo itu.

Lebih manis lagi, pemain kelahiran Sabah yang diberi jolokan 'Neymar Malaysia' dek kerana gerakan lincahnya seakan bintang Brazil tersebut serta ketajamannya di depan gol itu berjaya mencipta hatrik.

BACA LAGI: [VIDEO] Identiti penjaga gol bertopeng JDT cetus tanda tanya, GK Filipina jadi sebutan

WhatsApp Image 2024-04-08 at 18.18.24

Rozaimi (kanan) membantu skuad muda Sang Badak mencipta hatrik pada aksi persahabatan berdepan Sulaman FC. — Facebook/Sabahfc

BACA LAGI: Nazmi Faiz antara 3 bekas anak buah OKS boleh bantu 'squad depth' Sabah musim depan

Kehadiran Rozaimi ke skuad B-23 itu dijangka membawa perubahan besar kepada kelab kendalian Johnny Dominicus tersebut berikutan pengalamannya bersama skuad kebangsaan.

Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong Sabah FC berasakan kemunculan Rozaimi akan memberi peluang kepadanya untuk kembali beraksi dalam saingan Liga Super bersama skuad senior.

"Mantap Mi, masih tetap berbisa macam dulu, confirm akan diberi peluang untuk main Liga Super," kata Tom Bee Ruo.

"Terbaik Rozaimi, kasih up terus Mi, semoga ada peluang masuk Sabah FC, perbaiki mana yang perlu terutamanya disiplin, stamina dan skil," kata Masri Ayong.

"Padu idol, makin banyak mata memandang team B-23, ada harapan masuk skuad utama nanti," kata Run Onalz. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram