BEKAS penyerang berbisa Negeri Sembilan FC, Zaquan Adha Abd Radzak tampil meluahkan rasa kurang senang berikutan kenyataan yang dikongsikan oleh Azmeer Yusof pada Mac lalu.
Zaquan Adha dalam satu kenyataan di laman Facebook pada Ahad mengajak bekas pemain Kedah Darul Aman FC dan Kuala Lumpur City FC itu untuk bersemuka bagi menjernihkan keadaan.
Ia selepas Azmeer Yusof mendedahkan pernah menjadi mangsa buli dalam dunia bola sepak profesional pada awal kariernya.
"Salam Ramadan, macam ini lah Azmeer Yusof, jomlah kita berjumpa dan bertentang mata, ramai juga budak-budak bola dan senior nak berjumpa. Kita tak payah nak cerita dalam live.
"Kalau Azmeer rasa takut kami buat sesuatu, Azmeer boleh datang bawak bodyguard, kami nak tahu juga apa cerita yang sebenarnya dari Azmeer, kami cuba call Azmeer tapi tak berangkat mungkin Azmeer dah tukar nombor," tulisnya di Facebook.
BACA LAGI: Sudah jatuh ditimpa tangga, Kedah kini tak boleh daftar pemain baharu
Zaquan Adha (kiri) ketika beraksi bersama Azmeer Yusof. — Facebook/Zaquanadha
BACA LAGI: Nazmi Faiz antara 3 bekas anak buah OKS boleh bantu 'squad depth' Sabah musim depan
Zaquan juga berharap agar Azmeer dapat bersifat lebih terbuka untuk berbincang memandangkan beberapa pemain bola sepak turut dikaitkan dalam perkara ini.
"Kalau kata Azmeer out spoken jom kita berjumpa, jangan kata adik nak cakap belakang dan fitnah Azmeer, sekarang dengan keterbukaaan hati adik berani untuk berjumpa dengan Azmeer
"Kita bincang cara baik, adik rasa dari dulu banyak yang Azmeer tulis di dalam Facebook ni mengaitkan kesemua pemain bola sepak.
"Tak salah untuk Azmeer berkongsi pengalaman selama bermain bola tapi kenapa perlu menceritakan kepada umum benda yang negatif tentang pemain bola sepak, jika sekiranya Azmeer ada personal problem dengan adik pun jom kita sama-sama selesaikan.
"Tak perlu tag orang lain untuk terlibat dalam hal personal kita, Azmeer kena ingat hal personal Azmeer dengan bekas isteri yang sebelum ni pun ada, tapi tak ada pun adik nak masuk campur.
"Belum masuk lagi kes-kes yang Azmeer bergaduh dengan pemain bola yang lain, bab solat adik memang salute dengan Azmeer, adik tak nafikan yang dulu Azmeer antara pemain bola yang sentiasa menjaga solat.
"Tapi tak guna juga kalau dekat belakang Azmeer bercerita tentang keburukan orang, ok cukup, adik tak pandai nak berkarang macam Azmeer.
"Pendek kata jom kita bersemuka, Azmeer boleh call adik bila-bila masa, rasanya budak-budak bola semua ada nombor adik. Jika sudah bersedia call adik, maaf kalau apa yang adik tulis ini menyinggung perasaan," jelasnya.
Sebelum ini, kecoh dalam kalangan penyokong tempatan apabila Azmeer mendedahkan sisi negatif bola sepak tanah air.
Menurutnya, pengalaman paling perit adalah ketika dia dibuli oleh pemain senior di lapangan terbang.
Ketika itu, tiket penerbangan Azmeer telah dicampak ke dalam tong sampah hinggakan tiada siapa yang mahu mengaku bertanggungjawab terhadap perbuatan itu.
Mujur ada seorang rakan sepasukan yang mengatakan ia berada dalam tong sampah, lalu Azmeer terpaksa mencarinya dalam timbunan tersebut agar tidak terlepas penerbangan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram