SEBANYAK 21 negara mengesahkan slot untuk menyertai perlawanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 akan berlangsung di Stadium Titwangsa, Kuala Lumpur pada 18 hingga 26 Mei nanti.
Sudah pasti ramai peminat sukan tersebut tidak sabar untuk menyaksikan pasukan negara berentap dalam kejohanan itu.
Menariknya, perlawanan berprestij itu akan berlangsung di Malaysia dan pastinya tumpuan akan tertumpu kepada pemain tanah air seperti tekong utama, Mohammad Syahir Rosdi, Amirul Zazwan Amir dan Mohamad Azlan Alias.
BACA LAGI: Sudah jatuh ditimpa tangga, Kedah kini tak boleh daftar pemain baharu
BACA LAGI: Tomi sudah jumpa pengganti Habib Haroon
Meskipun begitu, pasukan negara perlu berjaga-jaga dengan kekuatan Thailand yang juga merupakan musuh tradisi Malaysia.
Ia apabila skuad negara Gajah Putih yang juga dikenali sebagai jaguh dalam sukan takraw dibarisi dengan pemain hebat.
Dalam pada itu, menerusi satu perkongsian di laman Facebook, Bolarotantv memaparkan bintang Thailand yang dijangka akan beraksi dalam kejohanan tersebut.
Kemunculan tekong berbisa kelahiran Thailand, Tong Pongsatron itu dijangka dengan mudah menewaskan pasukan lawan.
Hal ini kerana, Pongsatron memiliki servis yang tajam dan pengawalan gelanggang yang baik. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram