Miliki sejarah julang Selangor FC, P Maniam mahu bawa lebih intensiti di Sang Saka Biru


  • Podium
  • Ahad, 07 Apr 2024

Sebahagian sesi latihan The Cops yang pastinya mahu merebut lima terbaik dalam saingan Liga Super 2024. — Facebook/PDRMFC

JUARA Piala Cabaran MFL 2023, PDRM FC menerima tonik baharu apabila rasmi mengumumkan P. Maniam sebagai Ketua Jurulatih The Cops.

Sejak mengambil alih tugas tersebut, P. Maniam meluahkan kebimbangannya membimbing skuad The Cops namun bertekad mahu memberikan yang terbaik untuk pasukan tersebut.

Menurutnya, ketika ini dia perlu menyesuaikan diri dengan staf kejurulatihan The Cops termasuklah penolong jurulatih, Eddy Gapil.

“Saya terpaksa menyesuaikan diri kerana sebahagian daripada mereka merupakan staf The Cops. Cara mereka bekerja berbeza dan saya akan melakukan yang terbaik untuk memahami gaya permainan mereka,” kata Maniam.

Ketiks ini, Maniam sudah menjalankan empat sesi latihan bersama skuad PDRM dan pernah menyaksikan mereka bermain satu perlawanan pramusim menentang Terengganu FC dalam kekalahan 1-6.

“Saya berharap dapat menjadi pemimpin yang baik dan berkomunikasi dengan baik dengan pasukan. Pemain cuba membiasakan diri dengan cara saya sebagai jurulatih dan saya melihatnya dalam empat sesi terakhir.

“Saya mahu memastikan ada intensiti tinggi dalam permainan kami dan mahu mereka faham filosofi yang saya bawa ke padang," jelasnya.

BACA LAGI: Nazmi Faiz antara 3 bekas anak buah OKS boleh bantu 'squad depth' Sabah musim depan

WhatsApp Image 2024-04-07 at 14.55.04

P. Maniam sah mengemudi The Cops bagi membantu skuad tersebut musim 2024. — Facebook/PDRMFC

BACA LAGI: [VIDEO] 'Tackle' lewat, tamparan Razman Roslan pernah gamatkan aksi Selangor-NSFC

Sebelum ini, Maniam pernah membimbing Harini FT dalam Liga M3 musim lalu yang mana mereka menduduki tempat ketiga dalam saingan itu.

Apabila ditanya bagaimana rasanya kembali ke liga utama, Maniam berkata, dia sangat gembira kerana diberi peluang untuk membimbing salah satu pasukan Liga Super.

“Seronok dapat kembali ke Liga Super. PDRM akan menjadi cabaran yang baik untuk saya dan saya mahu membalas kepercayaan yang ditunjukkan oleh pihak pengurusan.

“Saya mahu pastikan ada keharmonian dan keserasian. Kelab telah membuat beberapa pembelian dan kami mahu memastikan semua orang dapat memahami satu sama lain," katanya.

Selain itu, PDRM FC juga sudah menandatangani penyerang tempatan, Shahrel Fikri Md Fauzi, bintang kelahiran Nigeria, bek tengah Faith Obilor dan pemain tengah, Chidi Osuchukwu.

Kelab itu dijangka menandatangani dua lagi pemain import dan salah seorang daripada mereka dijangka penyerang Nigeria, Ifedayo Olusegun, yang merupakan pemenang Kasut Emas Liga Super pada 2020 dan 2021. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram