Tak tidur malam antara 3 petanda anda 'ketagih' bermain Football Manager


  • Podium
  • Sabtu, 06 Apr 2024

Macam-macam ragam ditunjukkan oleh pemain Football Manager di seluruh dunia.

DALAM dunia ini terdapat pelbagai jenis permainan video. Namakan saja genrenya, sukan, strategi atau peperangan, semua ada.

Pastinya setiap permainan ada pengikut mereka baik yang kasual atau tegar. Sama seperti Football Manager (FM), setiap pemain atau dikenali sebagai pengurus akan ada kelompok yang dianggap sebagai peminat tegar permainan tersebut.

Permainan FM sememangnya mempunyai ramai pemain tegar mereka di seluruh dunia. Mereka bukan saja tegar bermain, malah turut mempunyai perangai atau 'pe'el' yang membuktikan kegilaan terhadap permainan tersebut.

Dalam bingkisan ringkas Majoriti kali ini, kita akan menceritakan perangai-perangai pengurus FM yang cukup tegar bermain permainan tersebut:

Pakai sut bila perlawanan akhir

Inilah akibat apabila menggelarkan seseorang pemain FM itu sebagai "pengurus". Sudah pasti, mereka sudah berangan seperti pengurus sebenar kepada kelab seperti Real Madrid, Motherwell atau Terengganu.

Ia semakin ketara apabila kegilaan mereka muncul ketika berjaya membimbing pasukan ke perlawanan akhir satu-satu piala. Apabila tiba pada fasa ini, para pengurus lazimnya akan bersiap dengan berpakaian kemas sambil mengenakan suit and tie untuk menghadapi aksi penting itu.

Akan tetapi, mereka berbuat demikian sekadar untuk melihat aksi simulasi yang diadakan di skrin komputer mereka dan bukannya perlawanan sebenar di stadium. Disebabkan itu, pengurus FM lazimnya hanya mengenakan pakaian di bahagian badan sementara kain pelikat atau seluar pendek digunakan untuk menyarung kaki mereka.

Lazimnya mereka yang melakukan perbuatan ini tergolong dalam golongan 'hantu' FM. Mereka senggang mereka akan dihabiskan untuk bermain permainan ini.

BACA LAGI: Lepas gantung but, ex Penang kini ubah angin jadi pencari bakat

fm

Ada yang sanggup pakai sut ketika pasukan mereka ke perlawanan akhir piala di FM.

"Oh, kita dah kenal lama dah"

Salah satu perkara menarik dalam permainan FM adalah mereka mempunyai data pemain yang cukup luas dari pelbagai liga dari seluruh dunia.

Jika satu-satu pengurus pemain itu bermain menggunakan pangakalan data besar melibatkan ratusan ribu pemain dari seluruh dunia, pasti mereka akan tahu pelbagai nama pemain dalam kancah bola sepak.

Tanda seseorang pengurus FM itu adalah pemain tegar adalah apabila dia mengetahui nama prospek pemain yang telah lama dijumpai dalam permainan tersebut sebelum kelab di dunia sebenar cuba mendapatkannya.

Apabila berita mengenai perpindahan itu keluar pastinya pengurus FM itu akan berkata dalam hati, "oh, kita dah kenal lama dah."

BACA LAGI: 'Tunggu kenyataan rasmi', CEO Kedah enggan ulas keputusan MFL potong 3 mata

sadiil (2)

Sebelum dunia mengenali Erling Haaland, pengurus FM sudah tahu akan kewujudannya. — Agensi

Janji lepas ni masuk tidur

Bermain permainan FM benar-benar memakan masa. Sekali main, boleh sampai satu malam masa dihabiskan hanya untuk mengatur taktikal bagi satu perlawanan.

Bermain FM memang menyeronokkan tetapi ia juga boleh menyebabkan masa tidur menjadi kurang jika tidak dikawal dengan baik.

sadiil (3)

Jangan percaya jika ada pengurus FM kata dia hendak masuk tidur. — Agensi

Disebabkan itu, pengurus FM lazimnya akan mengatakan, "janji lepas satu game akan masuk tidur." Lazimnya ia akan disuarakan kepada diri sendiri saat mata tidak lagi larat untuk melihat skrin komputer.

Namun begitu, walaupun mata semakin berat tetapi permainan tetap diteruskan. Akan tetapi buat pengurus FM semua, walaupun anda sanggup habiskan masa yang lama untuk bermain, waktu rehat dan kesihatan harus dijaga juga ya! — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram