Lepas legenda Kedah, Khalid Jamlus pula buka kisah jadi 'mangsa buli' di Perak


  • Podium
  • Jumaat, 05 Apr 2024

Khalid Jamlus merupakan satu figura bola sepak negara melihat kepada kariernya yang gilang-gemilang.

PENDEDAHAN bekas pemain pertahanan sayap Kedah FA, Azmeer Yusof mengenai kes pembulian dalam kancah bola sepak negara menjadi bahan bualan hangat dalam kalangan peminat sukan itu.

Dia yang pernah mengalami beberapa situasi, seperti dipaksa membasuh but pemain senior dan diendahkan rakan sepasukan mengatakan insiden sebegitu hanya membina diri dan karakter sepanjang kariernya.

Namun, legenda Sang Kenari itu berpendapat ia bukanlah satu cara terbaik untuk memberi pengajaran atau teladan buat mana-mana pihak.

Hantaran yang dibuat menerusi Facebook itu kemudiannya mencuri perhatian ramai kerana masing-masing berasakan isu sedemikian hanya merencatkan perkembangan bola sepak negara.

BACA LAGI: Dah berwajah baharu, tapi ada tanya status rumput Stadium Perak

azmeer-yusuf

Azmeer mendedahkan isu buli pernah dialaminya ketika bergelar pemain bola sepak.

Tetapi, ada juga yang berasakan Azmeer tidak sepatutnya membuat hantaran demikian dengan alasan pemain itu perlu menerimanya dengan hati terbuka.

Tidak cukup dengan itu, ruangan komen daripada hantaran berkenaan turut menyaksikan beberapa perkongsian sama dibuat bekas pemain lain.

Antara yang mengambil peluang berkenaan ialah bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus apabila dia tampil menceritakan situasi yang mana dia menjadi 'mangsa pembulian'.

"Sini aku kongsikan dengan anda semua. Zaman aku dengan Saravanan dan Ahmad Shahrul (Azhar), sudah wujud pun pembulian dengan merosakkan tiket ni.

BACA LAGI: Ronaldinho luah mahu sertai Liga M, Perak paling berani cuba 'masuk line'

WhatsApp Image 2024-04-05 at 4.02.54 PM

Dari kiri: Khalid, Ahmad Shamsul dan Saravanan merupakan tonggak utama Perak satu ketika dahulu.

"Selalu jadi mangsa, saya dan ketua jurulatih. Tetapi, yang buat tu memang Saravanan. Tetapi, kami ketika itu tidak mempunyai perasaan marah kerana anggap ia gurauan," katanya.

Khalid boleh diangkat sebagai legenda bola sepak Perak kerana pernah membantu pasukan berkenaan meraih pelbagai kejayaan sepanjang kariernya.

Lambakan pemain bintang di sampingnya, termasuk Saravanan dan pengendali skuad The Bos Gaurus (TBG), Yusri Che Lah dalam pasukannya.

Meskipun perkongisannya boleh dianggap satu gurauan, masih terdapat beberapa pengajaran dapat diperoleh dengan ia sedikit sebanyak menceritakan isu buli dalam bola sepak.

"Walaupun ia boleh dianggap kasar, tetapi ia masih kekal dalam memori bersama Perak FA satu ketika dahulu. Di situ, pembulian tidak berlaku," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram