Dah berwajah baharu, tapi ada tanya status rumput Stadium Perak


  • Podium
  • Rabu, 03 Apr 2024

Stadium Perak akan menjadi medan buat skuad TBG dalam saingan Liga Malaysia musim depan. — Agensi

SEKIRANYA diimbau kepada saingan tahun lalu, Perak FC merupakan antara pasukan yang terkesan dengan kekacauan penyokong di laman sendiri.

Pertembungan Liga Super dengan Selangor FC dan aksi berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam Piala Malaysia merupakan contoh yang menyaksikan perlawanan berakhir dengan kekecohan.

Jadi, dalam misi menghalang isu tersebut daripada berulang, pihak pengurusan mengambil keputusan melakukan perubahan terhadap Stadium Perak, Ipoh.

Dalam satu kemas kini di laman media sosial kelab, pagar keselamatan sudah dipasang untuk memisahkan penyokong kedua-dua pasukan ketika perlawanan berlangsung.

BACA LAGI: Sasar top 6, kapten Perak optimis taruhan muka baharu boleh bantu capai KPI

435342993_432128166034231_5454120004741076764_n

Pemasangan pagar pemisah menyaksikan Stadium Perak berwajah baharu. Facebook/Perak FC

"Perak FC mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) atas inisiatif segera pemasangan pagar pemisah serta mempertimbang dan meluluskan permohonan kami sebelum ini.

"Sekalung penghargaan khas Perak FC tujukan kepada Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud atas keprihatinan dan jasa baik beliau berhubung perkara ini," katanya.

Inisiatif berkenaan pasti membuatkan rata-rata penyokong berpuas hati dengan langkah diambil untuk mengelakkan isu sedemikian berlaku.

Namun, masih terdapat permintaan untuk melihat infrastruktur lain ditambah baik, terutamanya padang menjelang pembukaan musim baharu Liga Super.

BACA LAGI: Haziq, Ramadhan buat fans TBG tersenyum, bikin Yusri pening pilih keeper no 1 Perak

std-perak

Terdapat perancangan untuk mengubah rumput di Stadium Perak sebelum ini.

"Terbaik, tetapi bila hendak tukar rumput?" soal KRizal Shah.

"Kata mahu tukar rumput, tidak jadikah perancangan tu?" kata Ismail Ismail.

Sebelum ini, Perak dilaporkan semakin hampir membuat perubahan terhadap padang Stadium Perak selepas menerima dana daripada Kementerian Belia dan Sukan.

Bagaimanapun, dengan saingan Liga Super akan bermula tidak lama lagi, perancangan itu terpaksa ditangguhkan ke penghujung musim 2024/25. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram