Shahrel Fikri tak cukup, Sang Saka Biru dedah penyerang Kedah OTW ke Lembah Klang


  • Podium
  • Khamis, 04 Apr 2024

Shahrel menyertai PDRM selepas semusim bersama Negeri Sembilan. — Facebook/PDRM

JOHAN Piala Cabaran MFL 2023, PDRM FC tampil memperkenalkan beberapa wajah baharu dan lebih bersedia untuk memberi cabaran hebat kepada pasukan lain bagi saingan Liga Malaysia (Liga M0 2024/2025).

Selepas mendiamkan mulut pengkritik ramai dengan beberapa aksi musim lalu apabila menduduki tempat kelapan dalam Liga Super, skuad Sang Saka semakin bernafsu untuk meningkatkan pencapaian mereka.

The Cops mungkin kehilangan pemain utama seperti bek tengah Nigeria, James Okwuosa dan perancang tengah Liberia, Marcus Macauley dalam jendela perpindahan tetapi pihak pengurusan sudah menggantikan mereka dengan beberapa import yang mengagumkan.

Dua pemain yang disahkan sudah menjadi sebahagian keluarga pasukan Sang Saka Baru adalah bintang kelahiran Nigeria, bek tengah Faith Obilor dan pemain tengah, Chidi Osuchukwu.

Difahamkan juga PDRM kini semakin hampir menandatangani pemain hebat Nigeria, Ifedayo Olusegun, yang kali terakhir bermain untuk Kedah dan memenangi Kasut Emas Liga Super pada 2020 serta 2021.

BACA LAGI: Kalau semua berhenti kerja sebab surat layang, susahlah — Hannah Yeoh

WhatsApp Image 2024-04-04 at 18.24.05

Ifedayo dikhabarkan akan sertai PDRM FC. — Facebook/KDAFC

Selain itu, PDRM FC juga sudah menandatangani penyerang tempatan, Shahrel Fikri Md Fauzi, yang sebelum ini merupakan pemain untuk pasukan Perak dan PKNP pada musim 2018 hingga 2020.

Penghijrahan Shahrel yang lebih dikenali sebagai Eky ke PDRM FC menjadi buah mulut penyokong kerana ramai berpendapat pemain itu akan menjadi sasaran pasukan lebih popular seperti Kuala Lumpur dan Perak.

“PDRM sentiasa dianggap 'underdog' tetapi mereka mempunyai kualiti, dan boleh mengejutkan banyak pihak atasan. Itu sesuatu yang menggembirakan saya dan saya mahu menjadi sebahagian daripadanya.

“Kebanyakan jurulatih dalam pasukan adalah anggota polis, dan mereka membawa sesuatu yang berbeza kepada pasukan dengan pengalaman mereka," kata Shahrel berusia 29 tahun itu.

BACA LAGI: 'Kenapa tidak?', Ivan Mamut sedia pecahkan rekod sendiri, pasang misi terhadap JDT

WhatsApp Image 2024-04-04 at 18.23.28

Antara pemain tempatan baharu PDRM musim ini. — Facebook/PDRM

Selain Shahrel, Christopher Keli yang menyertai semula kelab itu selepas semusim tidak bermain.

Sang Saka Biru juga menambah baik penjaga gol mereka dengan menandatangani Bryan See, yang kali terakhir bermain untuk Perak, Robson Rendy Rining dari Pulau Pinang dan pemain kelahiran Kedah, Asri Muhamad.

Memperluas lagi pilihan sayap mereka, PDRM mengambil Zuhair Aizat dari Pahang, Hidhir Idris sebagai penyerang sandaran ketiga dan bekas pemain tengah Perak, Shafizi Iqmal Khirudin.

Di bahagian tengah, mereka mempunyai Eizrul Ashraf dari kelab M3 Persada Integriti Bersatu (PIB) manakala bekas pemain Kuching City, Badrul Afendy Fadzli diberi kepercayaan untuk menjaga bahagian pertahanan.

Perubahan juga mungkin berlaku dalam jabatan kejurulatihan apabila difahamkan Datuk Yunos Alif tidak akan mengetuai pasukan musim ini dan P. Maniam yang pernah melatih Petaling Jaya City dan Selangor FC akan menggantikannya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram