[VIDEO] 'Betis dah macam Pawi', kelibat bintang dalam pembikinan bakal gugat skuad utama JDT


  • Podium
  • Khamis, 04 Apr 2024

Irfan Shakimi (depan) ketika mendapat peluang beraksi bersama skuad utama JDT. — Facebook/JDT

AKADEMI Johor Darul Ta'zim (JDT) semakin lama berhasil menunjukkan kualiti mereka membentuk bakat-bakat muda dalam arena bola sepak tempatan dan berpotensi untuk menjadi kilang melahirkan prospek skuad kebangsaan.

Setakat ini, Harimau Selatan sudah membuktikan benih yang disemai mereka seperti Aysar Hadi Shapri, Adam Farhan Mohd Faizal, Muhd Feroz Baharudin dan ramai bintang muda memiliki kemampuan menembusi pasaran Liga Super.

Kemasukan pemain muda Harimau Selatan ke skuad utama masih diteruskan dengan kali ini seorang prospek dari pasukan Piala Presiden JDT dilihat berada di sesi latihan bersama tonggak senior.

Pemain dimaksudkan ialah Irfan Shakimi Shahrizal iaitu salah seorang watak utama membantu JDT III menjulang Piala Presiden apabila berjaya menumbangkan Negeri Sembilan FC 5-1 secara agregat pada tahun lepas.

Kehadiran pemain berusia 18 tahun berkenaan mendapat respons positif daripada penyokong yang sememangnya gemar melihat barisan kejurulatihan JDT memberi peluang kepada pemain-pemain muda untuk mempertingkatkan skil.

BACA LAGI: Sang Kenari umum senjata baharu, fans pula luah kerisauan

WhatsApp Image 2024-04-04 at 12.23.27

Irfan Shakimi beraksi sebagai pemain tengah bersama skuad Piala Presiden JDT. — Facebook/JDT

BACA LAGI: Habib sebagai jeneral, Faiz Nasir ibarat ada 2 jantung jadi 'game changer' Kedah belasah Penang

Tidak kurang juga ada penyokong Harimau Selatan yang memuji fizikal pemain tengah berkenaan dan menyamakan Irfan Shakimi dengan penyerang sayap berpengalaman negara, Safawi Rasid.

"Betis dah macam Pawi (Safawi) pemain ini," kata penyokong Harimau Selatan, Mali.

"Ubi muda ini dah main JDT dari skuad Bawah-12 tahun. Zaman buat kolaborasi dengan Borussia Dortmund," tambah penyokong JDT, Akmal Murphy.

"Pemain muda dari skuad belia JDT ini mempunyai larian dan skil yang menarik. Berpotensi besar untuk diserap ke skuad JDT II atau skuad utama JDT nanti," pendapat penyokong Harimau Selatan, Darul Takzim FC & Johor FA.

Untuk rekod, Irfan Shakimi pernah mewakili Malaysia Bawah 15 sewaktu kejohanan pusingan kelayakan Kejuaraan AFC Bawah 16 2020 pada lima tahun lepas.

Bukan itu sahaja, Irfan Shakimi juga pernah menerima Anugerah Pemain Terbaik Liga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bawah 14 tahun 2018 di Majlis Anugerah SAM-100plus. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram