PERNAH mengalami kecederaan namun ia bukan penghalang bagi Ahmad Syakirin untuk meneruskan impian bermain dalam sukan e-sports.
Ahmad Syakirin atau mesra dengan panggilan Syakz pernah mengalami kemalangan pada 4 Januari 2022 yang menyebabkan dia kehilangan kaki kanannya dan kehilangan fungsi pada tangan kirinya.
Selepas beberapa bulan melalui proses pemulihan dan rehabilitasi, atlet Axis Eldians itu kembali bangkit untuk memenangi pingat perak bagi Malaysia pada Sukan Para ASEAN ke-12 pada 2023.
Kini, Syakz berhasrat untuk membuktikan bahawa dia mampu bersaing dengan yang terbaik di Malaysia melalui pentas Liga Amatur Mobile Legend Bang Bang (MAL MY).
"Pada awalnya, saya tidak percaya bahawa boleh bermain menggunakan satu tangan sahaja dan saya kurang keyakinan dengan diri sendiri.
BACA LAGI: Harumkan nama Malaysia, player SEM9 kongsi pengalaman bermain di Indonesia
Syakz mencipta kejutan apabila menjadi seorang atlet MLBB yang kurang berkemampuan.
"Tetapi apabila saya berjumpa dengan para pemain MLBB dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di luar sana yang boleh bermain dengan begitu baik hampir tiada masalah, saya berbisik kepada diri saya sendiri.
"Jika orang lain boleh melakukannya, mengapa saya tidak boleh dan dengan sokongan daripada rakan-rakan dan keluarga saya, saya memulakan perjalanan saya untuk belajar cara bermain sebagai pemain MLBB 'satu tangan'.
"Alhamdulillah, saya dipilih untuk mewakili Malaysia dalam acara MLBB Para ASEAN 2023 dan mencapai tempat kedua secara keseluruhan," kongsinya.
Menurut Syakz, ramai berkata, e-sports adalah untuk semua, jadi saya ingin mempersembahkannya di atas pentas MAL MY.
Akademi itu dibangunkan dalam misi negara membangunkan lebih banyak atlet MLBB yang kini meraih perhatian, terutamanya dalam rantau Asia Tenggara.
"Harapan saya adalah untuk memberikan inspirasi kepada mereka di luar sana untuk mendorong mereka mengejar impian, sepertimana apa yang telah saya lakukan sebelum ini," katanya.
Sharifah mencetuskan fenomena apabila menjadi atlet wanita dalam permainan atas talian itu.
BACA LAGI: Mahu bergelar streamer e-sports, bakat muda Johor jadikan Fredo sebagai idola
Di samping itu, pemenang pingat Sukan SEA mengetuai Kebangkitan Atlet Wanita, Sharifah Alia Husna Binti Syed Fakrrurozi bercita-cita tinggi untuk menggegar liga ini.
Atlet wanita berbakat berkenaan merupakan pelajar berusia 21 tahun dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang memenangi pingat gangsa mewakili Malaysia dalam acara MLBB kategori wanita di Sukan SEA ke-32 pada tahun 2023 di Kemboja.
Sharifah Alia Husna Binti Syed Fakrrurozi atau mesra dengan panggilan Aria itu berkata, MAL MY boleh memberi impak besar dalam peningkatan penglibatan wanita dalam e-sukan.
"MAL MY menyediakan platform yang mudah diakses dan inklusif kepada pemain wanita untuk bersaing, mempamerkan kemahiran mereka dan menjadi sebahagian daripada komuniti yang menyokong.
"Kami menjangkakan untuk bersaing dengan sangat baik dan saya harap ini memberi inspirasi kepada pemain wanita terutamanya belia di luar sana untuk mengejar impian mereka,"kongsinya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram