Kualiti top-notch, menang skor besar, ubi muda JDT tunjuk taring di Singapura


  • Podium
  • Sabtu, 30 Mac 2024

Sebahagian aksi antara skuad muda JDT ketika berdepan Everton yang jelas melihat perbezaan fizikal yang ketara. — Instagram/officialjohor

TIDAK dapat dinafikan, Johor Darul Ta'zim (JDT) mempunyai tahap kecemerlangan yang tinggi dalam sukan bola sepak domestik.

Di peringkat senior, mereka telah menguasai saingan domestik dengan menjuarai Liga Super sebanyak 10 kali berturut-turut.

Tidak kurang juga di peringkat junior apabila usaha keras JDT untuk memastikan kesinambungan dalam kecemerlangan mereka di masa akan datang berjaya dibuktikan.

Baru-baru ini, kejohanan JSSL Singapore International 7s menyaksikan kejayaan buat skuad muda JDT apabila berjaya menewaskan Everton FC dengan keputusan 1-0.

JSSL Singapore Professional Academy 7s merupakan pertandingan Bola Sepak Remaja Perdana Asia yang mempamerkan bakat muda lebih 400 pasukan di 17 negara.

BACA LAGI: Bek Sang Penyu setuju Juan Torres rehatkan pemain utama, beri peluang bakat lain

WhatsApp Image 2024-03-30 at 18.45.15

Skuad muda JDT meraih keputusan positif selepas membenam Everton dengan keputusan 1-0. — Instagram/officialjohor

BACA LAGI: Rajagobal, Razman Roslan masih belum cemas, yakin Pan-gon ada taktik lain

Terdapat tujuh pasukan yang menyertai kejohanan B-16 lelaki termasuklah Valencia, Sporting, Urawa Reds, Everton, JSSL, Melbourne City dan JDT.

Meskipun begitu, terdapat juga penyokong yang berasakan bahawa skuad Bawah 16 Tahun (B-16) agak bekerja keras untuk meraih kemenangan selepas hanya berjaya bolos satu gol ketika berdepan Everton.

Berbeza pula dengan skuad Bawah 13 Tahun (B-13) yang dengan mudah membenam cabaran Jakarta Dragons dengan keputusan 11-0.

Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong berasakan skuad B-16 Tahun JDT perlu bekerja keras untuk mengharungi perlawanan seterusnya.

"U-16 agak struggle tapi U-13 membantai eh," kata @Lensyahhhh bersemangat melihat prestasi skuad belia JDT.

"Skuad adik-adik relaks je eh bantai 11-0, abang pula struggle lah nak cetak gol," kata @Akim Azimm.

"Kena kerja keras lagi B-16 Tahun JDT ni, satu gol tu boleh tambah lagi next game," kata @Ikhwan.

"Wow, skuad B-16 berjaya mengalahkan Everton, not bad... Tapi skuad B13 team tu memang top-notch. Semua menang dengan score besar, especially dalam perlawanan menentang Albirex SG and Jakarta Dragons!," kata Hannti Tan.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram