[VIDEO] Ambil hati fans Gajah Perang, kapten Spurs sanggup lari keliling padang


  • Podium
  • Khamis, 28 Mac 2024

Kapten Korea Selatan, Son Heung-min (kanan) ketika meraikan kemenangan ke atas Thailand. — Agensi

AKSI kapten Korea Selatan, Son Heung-min selepas perlawanan menentang Thailand dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 sempat mencuri tumpuan warga maya.

Menerusi satu rakaman video di Twitter, gelagat pemain kelahiran Korea Selatan itu sempat dirakam ketika mengelilingi Stadium Rajamangala, Bangkok Thailand.

Menariknya video tersebut, Heung-min yang dikenali mempunyai sikap rendah diri menjadi satu-satunya bintang Eropah tanpa teragak-agak mengeliling stadium tersebut sambil mengucapkan terima kasih kepada penyokong Thailand.

Tidak hairanlah sekiranya Heung-min menjadi pemain yang disayangi di Asia.

BACA LAGI: Kongsi foto bersama TMJ, bekas defend JDT kembali terajui Harimau Selatan, bergandingan bersama Aidil Zafuan?

BACA LAGI: Pan-gon patut panggil pemain menonjol di Liga M wakili Harimau Malaya

Dalam perlawanan tersebut, Thailand terpaksa berputih mata apabila dibelasah dengan keputusan 0-3 di tangan Korea Selatan.

Aksi yang berlangsung di Stadium Rajamangala itu bermula dengan kedua-dua pasukan saling mempamerkan prestasi yang cemerlang.

Anak buah pengendali sementara Korea Selatan, Hwang Sun-Hong membuat beberapa serangan bagi mencari gol pembukaan, namun tiada sebarang gol yang dilakukan.

Pemain sayap Taeguk Warriors, Lee Jae-sung, kapten Tottenham Hotspur, Heung-min dan Park Jin-seop antara pemain yang masing-masing mencetak satu gol buat Korea Selatan.

Dalam perkembangan yang sama, difahamkan kemenangan Korea Selatan itu disumbang oleh permukaan kualiti padang yang baik.

Meskipun hujan lebat melanda stadium Rajamangala namun permukaan padang tetap dalam keadaan baik dan tidak menjejaskan kerancakan permainan kedua-dua pasukan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram