Bukan salah Bobie, Azim perjelas isu Perak sukar lepaskan pemain ke Sukma


  • Podium
  • Jumaat, 29 Mac 2024

Azim menjelaskan isu di sebalik pendirian skuad TBG yang berkemungkinan tidak akan melepaskan pemain muda mereka. — Facebook/Perak FC

ISU ketidaktentuan dialami skuad Sukan Malaysia (Sukma) Perak setelah munculnya kemungkinan mereka tidak akan menghantar pasukan bola sepak.

Mereka yang cukup digeruni dalam sukan itu setelah memenanginya dalam tiga temasya berturut-turut bermula 2014 berdepan situasi terbabit berikutan kekurangan pemain.

Ini berikutan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Interim Perak FC, Bobie Farid Shamsudin yang mendedahkan kelab itu sukar untuk melepaskan pemain belia mereka.

Pendirian itu dibuat berikutan isu bajet setelah skuad The Bos Gaurus (TBG) hanya menerima RM50,000 berbanding RM160,000 yang diminta daripada Majlis Sukan Negeri (MSN).

BACA LAGI: Lepas semusim menyepi, hero Piala Malaysia 2018 Perak kini sertai kelab Lembah Klang

IPOH, 21 Jun -- Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Khairudin Abu Hanipah bercakap kepada media selepas merasmikan Program 3R Read, Record and Reward di Perpustakaan Awam Dato Seri Husni, Chemor hari ini.-- fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Khairudin menegaskan Perak masih akan menghantar skuad bola sepak untuk Sukma akan datang.

Bagaimanapun, menurut Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, pihaknya masih akan menghantar pasukan bola sepak untuk Sukma 2024 di Kuching, Sarawak.

Perkara tersebut dilihat menjadi perdebatan hangat apabila rata-rata peminat skuad TBG membincangkan isu tersebut di media sosial dengan mempersoalkan pendirian kelab Utara tanah air itu.

Tampil menjelaskan isu terbabit ialah Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi yang mengatakan pihaknya masih akan melepaskan pemain bagi temasya itu kerana ia sudah termaktub dalam peraturan perlesanan.

"Kalau dibandingkan pasukan lain, skuad Bawah 17 Tahun (B-17) berada di bawah Persatuan Bola Sepak (FA), bukan kelab. Jika diikutkan, skuad Bawah 17 Tahun (B-17) sepatutnya akan dihantar untuk Sukma.

"Tetapi, kalau kita sendiri tidak mempunyai bantuan kewangan atau penaja daripada mana-mana pihak, kita akan hadapi masalah dari segi perlesenan," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: Tak perlu harga mahal, Perak buktikan prospek Pantai Timur mampu ganti tempat ex import

2125075

Beberapa pihak mula mempersoalkan kenyataan Bobie yang tidak mahu melepaskan pemain. Facebook/Perak FC

Berdasarkan peraturan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), sesebuah kelab perlu memiliki empat pasukan termasuk skuad belia untuk meraih lesen kebangsaan.

Peraturan itu membuatkan pasukan terpaksa menanggung kos operasi tinggi sekiranya kesemuanya perlu diuruskan tanpa meraih suntikan dana.

Skuad TBG merupakan antara kelab yang berdepan situasi itu dengan bantuan kewangan diperlukan daripada MSN untuk menubuhkan skuad Sukma yang lengkap.

Namun, memandangkan perbadanan itu enggan mengeluarkan kos seperti mana diminta, Bobie terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian yang berkemungkinan disalah erti penyokong bola sepak Perak.

WhatsApp Image 2024-03-29 at 4.04.09 PM

Skuad bola sepak Sukma Perak sememangnya cukup digeruni lawannya.

Jelas Azim lagi, Perak FC akan melepaskan pemain tanpa sebarang isu untuk Sukma sekiranya terdapat struktur kewangan kukuh bagi menampung skuad bawahan.

"Andai kata kita ada penaja untuk uruskan tiga pasukan lain ni, kita pasti akan benarkan pemain dalam skuad B-17 untuk ke Sukma, buat apa kita nak tahan?"

"Ini kerana kejohanan itu merupakan antara pertandingan yang perlu ditempuhi selain Piala Belia. Jadi, daripada pihak kami, inilah pendirian kami," katanya.

Bagaimanapun, Azim masih mengharapkan terdapat sumbangan atau penajaan untuk membiayai skuad muda bagi bersaing dalam temasya tersebut.

Sukma kali ini bakal diadakan di Sarawak bermula 17 sehingga 24 Ogos dengan bola sepak pasti akan terus menjadi fokus utama peminat sukan negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram