Cuaca tak menentu, apa akan jadi pada padang Bukit Jalil sebelum jumpa Oman


  • Podium
  • Selasa, 26 Mac 2024

Sebahagian gambaran padang di SNBJ yang masih berada dalam keadaan belum memuaskan. — Agensi

MENJELANG perlawanan antara Malaysia berdepan Oman dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada Selasa, pastinya ramai penyokong tanah air tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

Lebih-lebih lagi apabila akan beraksi di gelanggang keramat Harimau Malaya iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur.

Bercakap mengenai gelanggang keramat Harimau Malaya, pastinya ramai penyokong tanah air sudah mengetahui tentang keadaan terkini stadium berkenaan.

Menurut laporan Majoriti, Ketua Jurulatih baharu Oman, Jaroslav Silhavy tanpa berselindung menyatakan bahawa keadaan padang di SNBJ belum bersedia untuk digunakan aksi pada Selasa.

Malah, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon, memaklumkan belum melihat keadaan padang di SNBJ namun berharap ia berada dalam keadaan terbaik bagi mengharungi aksi getir menentang Oman.

Dalam pada itu, analisis ringkas Majoriti kali ini akan meramalkan keadaan padang di SNBJ sebelum aksi berdepan Oman nanti.

BACA LAGI: ‘Hanya stadium SSI tak berlopak, mentaliti bodoh sombong’, TMJ respons isu padang SNBJ

SNBJ..

Gambar di media sosial memaparkan petugas sedang menutup padang SNBJ berikutan hujan lebat. — Arena HijauKuning

BACA LAGI: Mungkin dia adalah pemain terakhir kami — Kim Swee

1. Mudah tercabut jika hujan lebat

Melihat kepada cuaca terkini di tanah air, beberapa kawasan di Malaysia termasuklah Kuala Lumpur dan Selangor mengalami hujan ketika ini yang pastinya akan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penyokong tempatan.

Dengan keadaan padang yang belum lagi berada dalam keadaan terbaik ditambah pula dengan hujan yang lebat, situasi ini pasti menimbulkan kebimbangan.

Sekiranya hujan berterusan di bumi Malaysia, pastinya keadaan padang dijangka akan koyak atau tercabut di beberapa bahagian kerana struktur yang lembut.

Susulan itu, situasi tersebut akan mengganggu tempo permainan kedua-dua pasukan kelak selain dijangka memberi kesan kepada keputusan akhir perlawanan.

2. Keras jika panas berterusan

Berbeza pula sekiranya cuaca panas, tanah di gelanggang Harimau Malaya dijangka berpotensi menjadi keras.

Keadaan berkenaan sekali gus akan merencatkan corak permainan kedua-dua pasukan berikutan permukaan padang yang keras.

Antara kesan yang paling mudah dialami oleh pemain adalah luka di bahagian kaki terutamanya lutut.

Di samping itu, permukaan padang yang keras dijangka akan menyukarkan pemain untuk melakukan hantaran bola.

3. Kemungkinan berlopak

Bukan itu sahaja, apa yang lebih membimbangkan ialah sekiranya perlawanan pada malam Selasa dijangka berlangsung dalam keadaan hujan.

Ia sekali gus akan menyebabkan berlakunya kerosakan yang lebih teruk seperti becak atau berlopak.

Keadaan sedemikian pastinya lebih membimbangkan kerana akan mengakibatkan kecederaan kepada pemain kedua-dua pasukan.

Antara kecederaan yang mudah dialami pemain adalah kecederaan pergelangan kaki (ankle).

Namun, sejak padang SNBJ diubah kepada zeon zoysia, isu takungan sudah tidak berlaku apabila pengaliran di stadium sudah semakin baik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram