Kecewa selalu dikasari, Corbin Ong ada misi peribadi bila sekali lagi jumpa Oman


  • Podium
  • Isnin, 25 Mac 2024

Sebahagian sesi latihan skuad Harimau Malaya yang pastinya mahu meraih keputusan positif menjelang aksi berdepan Oman di SNBJ pada Selasa. — Facebook/FAM

PEMAIN pertahanan Harimau Malaya, La'Vere Corbin Ong menganggap kerjasama dalam satu pasukan merupakan kunci utama sekiranya mahu melakar keputusan positif berdepan Oman.

Skuad kebangsaan akan berdepan Oman aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur pada Selasa.

Selepas tewas 0-2 kepada Oman di Muscat, Corbin Ong nampaknya mempunyai misi peribadi untuk diselesaikan menentang lawan yang sama di SNBJ nanti.

BACA LAGI: ‘Hanya stadium SSI tak berlopak, mentaliti bodoh sombong’, TMJ respons isu padang SNBJ

WhatsApp Image 2024-03-25 at 12.42.41 (1)

Corbin Ong (kanan) tekad bantu Harimau Malaya raih keputusan positif di laman sendiri. — Facebook/FAM

BACA LAGI: Mungkin dia adalah pemain terakhir kami — Kim Swee

"Di Oman, mereka mempunyai rancangan taktikal untuk menghalang saya daripada membuat larian ke hadapan dan menghantar hantaran lintang. Saya sering dikasari dan ia mengecewakan.

"Saya rasa saya mungkin perlu menghadapinya sekali lagi tetapi ia tidak akan menghalang saya daripada cuba melaksanakan corak permainan kami di laman sendiri.

"Jika kami boleh berkerjasama dalam satu pasukan dengan baik kami mempunyai peluang cerah untuk menang," katanya.

Tambahnya lagi, beraksi di hadapan penyokong sendiri akan menyuntik semangat skuad Harimau Malaya untuk mereka berusaha lebih keras dalam membawa misi balas dendam.

"Dengan sokongan padu, kami akan lebih berani dalam pendekatan kami kerana kami tidak mahu mengecewakan penyokong. Sokongan daripada peminat akan membuat perubahan yang besar.

"Kami mahu mencipta lebih banyak peluang di hadapan kotak penalti dan menjadikan perlawanan itu menarik," jelasnya. — The Star/T.AVINESHWARAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram