[VIDEO] Bekas tonggak Sabah jadi rebutan kelab Pantai Timur, Lembah Klang


  • Podium
  • Selasa, 26 Mac 2024

Taiki (berjersi nombor 10) dalam 22 aksi Liga Super musim 2022. — Instagram/Taiki

JENDELA perpindahan yang masih berlangsung masih digunakan sebaiknya oleh pasukan Liga Super untuk membawa masuk pemain import berkualiti bagi membantu mengukuhkan skuad depth pasukan pada musim baharu ini.

Tidak dapat dinafikan, ada beberapa kelab sudah memulakan sesi latihan pramusim namun terdapat juga pasukan Liga Super yang masih merangkak-rangkak mencari pemain baharu khususnya bintang import.

Misalnya, kelab seperti Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dan Kuala Lumpur (KL) City FC difahamkan sedang berebut untuk mendapatkan khidmat pemain tengah kelahiran Jepun, Taiki Kagayama.

Taiki yang juga sebelum ini beraksi bersama Sabah FC pada musim 2022 baru sahaja selesai berkelana di kelab Georgia, FC Samgurali selama setahun dan kini masih berstatus ejen bebas.

BACA LAGI: Sabah FC terseksa jinakkan KUFC, 3 nama penyerang baharu jadi sebutan

WhatsApp Image 2024-03-26 at 19.09.48

Taiki diturunkan dalam 26 perlawanan Erovnuli Liga pada musim lepas. — Instagram/Taiki

BACA LAGI: Bantu Selangor harungi musim panjang, Nidzam Jamil buru 2 pembantu gred Asia

"Kuala Lumpur dilaporkan sedang mengintai khidmat pemain tengah Jepun, Taiki Kagayama. Dia baru saja tamat kontrak dengan kelab Georgia, FC Samgurali.

"Selain KL City. Kelantan Darul Naim juga menunjukkan minat mendapatkan khidmatnya),” kata pemerhati sukan tanah air, T. Avineshwaran di laman Twitter (X) pada Selasa.

Sumbangan pemain berusia 27 tahun berkenaan dengan Samgurali boleh dianggap sebagai suam-suam kuku dengan dia hanya mencatatkan lima jaringan gol dan satu bantuan jaringan dalam 26 penampilan.

Rekod terbabit boleh dianggap sebagai satu kemerosotan jika hendak dibandingkan ketika Taiki masih bersama skuad The Rhinos dengan dia beraksi dalam kesemua 22 aksi Liga Super mereka.

Pengalamannya yang pernah beraksi dalam saingan Liga Malaysia menjadi nilai tambah untuk dua kelab berkenaan memburu khidmat Taiki bagi menguatkan bahagian serangan sama ada sebagai pemain tengah menyerang ataupun penyerang sayap. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram