Kelab di Utara pernah nafi isu gaji sebelum terjerumus ke liga bawahan


  • Podium
  • Sabtu, 23 Mac 2024

Perak dan Kedah merupakan dua kelab Liga Super yang mengalami isu tunggakan gaji kritikal beberapa tahun kebelakangan ini. — Facebook/KDA FC

KEMELUT tunggakan gaji bukanlah suatu perkara yang baharu dalam Liga Super apabila pelbagai pasukan pernah berdepan isu tersebut sebelum ini.

Salah satu kelab yang paling teruk mengalaminya ialah Perak FC pada 2020 yang menyaksikan mereka tergelincir ke Liga Perdana buat kali pertama dalam sejarah.

Mereka yang sebelum itu menjulang Piala Malaysia 2018 berdepan masalah terbabit akibat pengurusan tidak efisien serta kekurangan dana.

Impak daripada isu berkenaan menyaksikan rata-rata pemain dan kakitangan pasukan tidak dibayar gaji sehingga hal itu diketahui pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

BACA LAGI: Bukan Nurullaev, ini sejarah pemain termahal pernah sertai Kedah, JDT dan Perak

paapapa

Skuad berkualiti tidak cukup untuk Perak FC kekal dalam Liga Super. Facebook/Perak FC

Tetapi, apa yang lebih mendukacitakan apabila Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Azlin Nadzri menafikan perkara terbabit.

Selain menegaskan skuad The Bos Gaurus (TBG) memiliki dana daripada penaja, dia turut meyakinkan bahawa kewangan kelab masih kukuh.

Bagaimanapun, isu tersebut masih berlaku sehingga membuatkan prestasi pasukan merudum dengan pemain tidak menerima bayaran gaji untuk beberapa bulan.

Keengganan pihak PAFA dan pengurusan kelab untuk menyelesaikannya akhirnya membawa padah apabila pada musim 2021, Perak FC tersingkir ke Liga Perdana setelah menduduki tangga ke-11 Liga Super.

BACA LAGI: Pilihan paling ideal, patutlah Brendan Gan mahu ke Sri Pahang berbanding Kedah dan Perak

2456796

Skuad TBG masih belum menemui rentak sejak kembali ke Liga Super. Facebook/Perak FC

Ia turut menyaksikan rata-rata pemain bintang, seperti Shahrul Saad dan Guilherme de Paula meninggalkan pasukan demi meneruskan karier masing-masing.

Namun, mereka hanya kekal semusim di divisyen kedua bola sepak tanah air selepas rombakan daripada MFL pada tahun berikutnya menyaksikan mereka kembali ke Liga Super.

Kini, skuad TBG yang dikendalikan Yusri Che Lah tidak lagi berdepan isu sama sejak berada di bawah pemilikan XOX Berhad menerusi anak syarikatnya, XOX Pro Sport Sdn Bhd.

Tetapi, mereka masih perlu mencari rentak apabila hanya menamatkan saingan Liga Super di tangga ke-11 musim lalu dengan rata-rata pemain muda digunakan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram