[VIDEO] Kena seru nama Syihan Hazmi dulu baru bintang Singapura boleh 'score' gol


  • Podium
  • Rabu, 20 Mac 2024

Faris Ramli antara sandaran Singapura berdepan China. — FA Singapore

DALAM bola sepak, terdapat permusuhan dalam pelbagai peringkat. Permusuhan dalam bola sepak merentasi antara kelab malah juga sesama pemain.

Permusuhan bola sepak ini turut merentasi semua pasukan di dunia tidak kira kelab atau negara. Malah di negara kita, terdapat pelbagai permusuhan dalam pelbagai kelab.

Selain itu, pasukan kebangsaan kita iaitu Harimau Malaya turut mempunyai permusuhan dengan beberapa negara seperti Indonesia dan juga Singapura.

Singapura merupakan musuh tradisi Malaysia dalam pelbagai hal tidak kira melibatkan politik, budaya serta sukan. Dalam bola sepak, Harimau Malaya dan Sang Singa mempunyai sejarah yang panjang.

Singapura mungkin tidaklah sehebat dulu ketika ini. Dengan mereka sedang menghadapi kesukaran dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, mereka memerlukan semangat untuk terus bangkit.

Selepas tewas dua perlawanan pertama kepada Korea Selatan dan Thailand, Singapura memerlukan sokongan untuk berdepan China dan mereka menjadikan penjaga gol Malaysia sebagai pembakar semangat.

BACA LAGI: Sedar Oman pasukan handal, Pan-gon tagih doa penyokong Harimau Malaya dari jauh

BACA LAGI: Bawa reputasi Piala Asia, cubaan saingi Hidalgo antara 3 cabaran pemain Uzbek di Liga Super

Dalam vlog latihan skuad Singapura, terdapat babak di mana para pemain sedang berlatih melakukan rembatan dengan berdepan penjaga gol.

Apa yang menariknya, pemain Singapura iaitu Faris Ramli memerlukan nama Syihan Hazmi disebut sebelum dia melakukan rembatan yang menggegarkan gawang.

Dalam video yang disiarkan di laman X (Twitter), ia dilihat sebagai salah satu cara untuk memecahkan tembok mental pemain tersebut dengan membayangkan penjaga gol sebagus Syihan.

Jika dia berjaya merembat bola menerjah jaring, maka cabaran itu berjaya diatasi bekas pemain Terengganu FC itu. Dan ia berjaya apabila sebaik saja nama Syihan disebut, rembatan Faris berjaya menerjah jaring.

Tekanan jelas berada di kem Singapura apabila mereka menduduki tangga tercorot kumpulan C tanpa sebarang mata. Dengan aksi seterusnya berdepan China, Singapura wajib menang untuk menghidupkan peluang ke pusingan seterusnya.

Seperti Malaysia yang berdepan aksi berganda berdepan Oman, Singapura juga melalui situasi sama bertemu China. Juara Asia Tenggara empat kali itu akan berdepan China di laman sendiri pada Khamis dengan aksi seterusnya diadakan lima hari kemudian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram