[VIDEO] Bekas winger Penang FC mahu repeat sarung jersi Harimau Malaya


  • Podium
  • Isnin, 18 Mac 2024

Hadin Azman mengakui masih belum puas untuk beraksi dan kini mengintai peluang untuk mencipta nama bersama skuad Jang. — Facebook/NSFC

BEKAS pemain sayap Penang FC, Hadin Azman mengakui masih belum puas beraksi dan kini mengintai peluang untuk mencipta nama bersama pasukan baharunya, Negeri Sembilan FC.

Menurutnya, antara sebab utama dia berhjirah ke Negeri Sembilan adalah kerana mahu mendapatkan lebih banyak minit permainan selain tertarik dengan falsafah kelab berkenaan.

Bagi Hadin, lima gol dan tiga bantuan gol pada musim lalu jelas tidak cukup dan berazam untuk memberikan yang lebih baik bersama skuad Jang kali ini.

BACA LAGI: Imbau momen bas 'diusik', bekas pemain ragbi kebangsaan kongsi suka duka di ISN

BACA LAGI: Daniel Ting rasai kehilangan duo JDT namun enggan lepaskan peluang

“Sudah semestinya saya tidak berpuas hati dengan apa yang saya lakukan pada musim lalu.

“Pada musim baharu, saya akan cuba dapatkan lebih minit permainan dan jaringan untuk Negeri Sembilan dan diri saya sendiri,” jelasnya memetik laporan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL)

Hadin juga mengakui, dengan kehadiran Mohamad Ikhwan Yazek dari Kelantan FC dan Hein Htet Aung yang dipinjamkan dari Selangor FC, akan menyumbang kualiti yang lebih baik untuk pasukan.

“Setiap pemain mempunyai kualiti, dan kami akan cuba untuk meningkatkan kesefahaman antara kami,” tambahnya.

Pemain yang berasal dari Kuala Lumpur ini juga tidak menolak masih memasang cita-cita untuk beraksi bersama skuad kebangsaan.

Hadin yang sedang giat melaksanakan persiapan bersama pasukan juga menegaskan, persefahaman antara pemain sedang dibentuk dan akan diperkuatkan dengan kehadiran beberapa pemain import yang akan menyarung jersi Negeri Sembilan tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun, Hadin juga menyeru kepada semua penyokong Negeri Sembilan untuk terus memberikan sokongan kepada kelab sebagai motivasi kepada pemain untuk menghadapi perlawanan yang akan mendatang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram