[VIDEO] Atlet bina badan tertiarap patah tengkuk, badan berat tak lepas buat 'backflip'


  • Podium
  • Isnin, 18 Mac 2024

Sifiso Lungelo terguling dan kaku di tengah gelanggang sebelum beberapa orang meluru untuk membantunya.

PEMINAT sukan bina badan pasti masih mengingati nama Sifiso Lungelo Thabete yang maut ketika cuba menghiburkan orang awam dengan membuat lompatan ke belakang (backflip) dalam satu pertandingan kira-kira tujuh tahun lepas.

Sifiso Lungelo meninggal dunia akibat kecederaan selepas tengkuknya patah apabila kepalanya jatuh dahulu ketika melakukan aksi akrobatik berkenaan di hadapan peminat yang tidak sabar menunggu skilnya.

Dalam video yang dimuat naik ke media sosial pada 2017, Sifiso Lungelo disambut dengan meriah ketika dia memasuki gimnasium dan mempamerkan ototnya kepada penonton.

BACA LAGI: Imbau momen bas 'diusik', bekas pemain ragbi kebangsaan kongsi suka duka di ISN

BACA LAGI: Daniel Ting rasai kehilangan duo JDT namun enggan lepaskan peluang

Atlet yang ketika itu berusia 23 tahun berkenaan kemudian berlari ke tengah pentas, melompat dan cuba melakukan backflip namun badannya tidak cukup momentum untuk berpusing menyebabkan dia jatuh ke lantai dengan belakang kepalanya dulu.

Sifiso Lungelo terguling dan kaku di tengah gelanggang sebelum beberapa orang meluru untuk membantunya.

Memetik laporan media ketika itu, Persatuan Bina Badan Afrika Selatan berkongsi bahawa Sifiso Lungelo memang sering melakukan aksi backflip setiap kali berada di gelanggang.

“Dia mungkin tergelincir kerana memakai stoking kali ini, atau badannya mungkin tidak cukup momentum untuk berpusing, menyebabkan dia jatuh kepala dulu," kata Presiden persatuan, Wayne Price. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram