Dah jumpa orang kanan Tomi, import Croatia jadi senjata terakhir Sang Penyu


  • Podium
  • Sabtu, 16 Mac 2024

Sebahagian sesi latihan skuad Sang Penyu menjelang perlawanan Liga M Mei nanti. — Facebook/TFC

JENTERA serangan Terengganu FC (TFC) dijangka diperkuatkan dengan kehadiran import berkualiti bagi menghadapi musim baharu Liga Malaysia (Liga M).

Difahamkan, usaha TFC untuk mendapatkan khidmat pemain tengah kelahiran Croatia, Marin Pilj itu berjalan lancar selepas didakwa sudah selamat tiba di bumi Malaysia.

Ia dianggap benar apabila terdapat sekeping foto dimuat naik di laman Facebook Terengganu 11 memaparkan kelibat pemain berusia 27 tahun iu bersama pembantu jurulatih TFC, Ivica Vranjes di salah sebuah lapangan terbang.

Beraksi bersama kelab NK Varazdin, Pilj sudah mencetak dua gol dan membuat satu assists selepas 20 penampilan.

BACA LAGI: Skor lawan Nepal 'tiket' Mukhairi Ajmal pikat Pan-gon lawan Oman

WhatsApp Image 2024-03-16 at 16.56.42

Pilj (kiri) dilihat bersama pembantu jurulatih TFC, Ivica Vranjes di salah sebuah lapangan terbang. — Facebook/TFC11

BACA LAGI: Sang Kenari antara 3 kelab 'hati kering' guna khidmat striker muda

Kehadiran Pilj ke skuad Sang Penyu musim ini sekali gus melengkapkan kuota import bagi mengharungi saingan liga yang akan membuka tirainya pada Mei.

Sang Penyu sudah menandatangani kontrak lima pemain import iaitu Nurillo Tukhtasinov, Ismaheel Akinade, Argzim Redzovic, Matthew Steenvoorden, Ivan Mamut dan Manny Ott.

Sebelum ini, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa TFC difahamkan mahu membawa masuk satu lagi pemain kelahiran Croatia iaitu Igor Postonjski.

Namun, hasrat tersebut tidak kesampaian selepas Pilj dijangka menyarung jersi Sang Penyu musim ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram