Sedar persaingan sengit posisi tengah, Nooa Laine anggap motivasi beraksi bersama skuad senior


  • Podium
  • Rabu, 13 Mac 2024

Stuart Wilkin (tengah) antara tonggak utama Harimau Malaya yang pastinya menjadi pilihan utama Pan-gon beraksi di posisi tengah aksi berdepan Oman. — Facebook/FAM

PEREBUTAN posisi bahagian tengah nampaknya sengit apabila membabitkan beberapa nama besar antara pemain senior dan junior dalam skuad Harimau Malaya ketika ini.

Perkara tersebut diakui tonggak tengah kacukan Malaysia-Finland, Nooa Hamzah Laine yang kini berlatih bersama pasukan bimbingan Kim Pan-gon bagi persediaan menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman di Muscat, pada 22 Mac dan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur empat hari kemudian.

Nooa yang berusia 23 tahun itu antara 11 pemain skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara yang dipanggil ke skuad kebangsaan dan diberi peluang merebut tempat bersama pasukan senior itu sebelum ke Oman nanti.

Selain Nooa, Syamer Kutty Abba, Mukhairi Ajmal, Stuart Wilkin, Endrick dos Santos dan Brendan Gan antara pemain yang akan memperkuatkan posisi tengah Harimau Malaya nanti.

BACA LAGI : [VIDEO] 'Keep The Hope Alive' jadi semboyan Kedah, pengurusan kena sama masuk ceruk cari penyokong 'revive' kantung kelab

WhatsApp Image 2024-03-13 at 6.20.21 PM (1)

Nooa Laine (kanan) akui bukan mudah untuk merebut kesebelasan utama Harimau Malaya lebih-lebih lagi posisi tengah. — Facebook/FAM

BACA LAGI : Tak gusar tandus gol, tonggak Sabah FC tumpang gembira buat Faisal Halim, Romel Morales

“Saya sedar terdapat ramai pemain tengah yang telah menjadi sebahagian daripada pasukan kebangsaan lebih lama daripada saya. Jadi mereka mempunyai kelebihan dari segi mendapatkan tempat untuk kelayakan.

“Saya akan melakukan yang terbaik dengan menunjukkan apa yang boleh saya lakukan untuk pasukan dan saya harap jurulatih menyedarinya.

"Bagaimanapun, apa yang paling penting adalah peluang bermain untuk pasukan senior akan menjadi motivasi paling bernilai untuk saya menghadapi sebarang cabaran,” kata Laine, yang merupakan sebahagian daripada skuad 33 pemain di kem berpusat kebangsaan untuk kelayakan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram