‘Tak kisah’ dengan Zainal Abidin, Nwakaeme anggap Matias Conti gandingan terbaik bersama Pahang


  • Podium
  • Isnin, 11 Mac 2024

Kecemerlangan Sri Pahang tertumpu kepada gandingan hebat Nwakaeme (kanan) dan Conti. — The Star

DALAM sejarah bola sepak Malaysia, diakui Sri Pahang FC antara kelab yang sering mencipta nama dan meraih pelbagai kejuaraan.

Walaupun mungkin mereka kurang menyerlah ketika ini, tetapi pada beberapa tahun yang lalu skuad Tok Gajah tetapi dianggap antara pencabar kejuaraan tempatan.

Era pertengahan 2010-an menyaksikan Sri Pahang antara kelab utama negara dan mereka berjaya meraih beberapa kejayaan. Lebih menarik, era itu menyaksikan gandingan hebat dua penyerang Tok Gajah iaitu Dickson Nwakaeme dan Matias Conti.

Penyerang dari Nigeria dan Argentina itu mencipta sensasi di Sri Pahang menerusi persembahan bertenaga mereka sepanjang musim hingga berjaya membawa pulang kejuaraan.

Namun begitu, transisi berlaku di kem Sri Pahang apabila pertukaran jurulatih daripada Ron Smith kepada Zainal Abidin Hassan pada awal 2014.

Pada mulanya, ramai menyangka pertukaran itu akan menganggu keserasian antara Nwakaeme dan Conti. Akan tetapi, ia sebenarnya menjadikan gandingan dua penyerang itu semakin hebat.

"Saya tidak kisah sama ada Ron Smith atau Zainal Abidin Hassan, saya selesa dengan kedua-duanya.

"Saya pernah bermain di liga lain dan saya tahu apa yang Smith cuba lakukan dengan para pemain tetapi pemain tempatan susah untuk memahaminya," kata Nwakaeme.

BACA LAGI: Tak macam skuad senior, Harimau Muda adakah 5 perlawanan sebelum Piala Asia B-23

pah (1)

Gandingan Nwakaeme-Conti pernah menggegarkan Liga Super satu masa dulu. — THE STAR

BACA LAGI: Malaysia ditawar peluang anjur Sukan Komanwel 2026 ganti Australia

Nwakaeme berkata sedemikian selepas melihat pemergian Smith tidak popular dalam kalangan pemain tempatan Sri Pahang akibat model latihannya yang terlalu keras menurut mereka.

Dalam masa yang sama, Nwakaeme begitu menyukai gandingannya bersama-sama Conti. Dia menganggap Conti adalah gandingan "terbaik" pernah dimilikinya.

"Saya sangat sukakan gandingan bersama Matias Conti. Dia adalah pemain yang menakjubkan dan mudah untuk kami bermain hantaran pendek sesama kami.

"Kami ada persefahaman yang cukup tinggi dan ini (gandingan) terbaik pernah saya ada," kata Nwakaeme.

Selepas masa Nwakaeme dan Conti berakhir di Sri Pahang, kedua-dua pemain tersebut kini telah bersara daripada bermain bola sepak profesional.

Sepanjang bersama, gandingan penyerang ini berjaya membawa pulang Piala FA serta Piala Malaysia buat Sri Pahang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram