DUA gelaran 'quadruple' domestik secara berturut-turut sudah cukup untuk menceritakan bahawa dominasi Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam arena bola sepak tanah air sudah tidak boleh dipertikaikan lagi.
Tidak cukup dengan itu, rekod gemilang berkenaan dicatatkan dengan skuad Harimau Selatan tidak mengalami sebarang kekalahan dalam semua pertandingan.
Meskipun masih belum berpeluang mengungguli kejayaan di pentas Asia, saingan hebat berjaya dipamerkan kelab Selatan tanah air itu tahun demi tahun.
Rekod-rekod cemerlang berkenaan boleh dikatakan berpunca daripada kesungguhan pemilik pasukan, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris.
BACA LAGI: Andai sah ke Liga Super, ada 3 bintang JDT boleh disambar tambah taring Singa Utara

JDT meraikan kejayaan menjuarai kesemua empat trofi domestik tanpa ditewaskan. — Facebook/JOHOR Southern Tigers
Dia yang mengambil tampuk kepimpinan pada 2012 acap melakukan pengorbanan demi menaikkan JDT sehingga menyaksikan JDT dihormati di dalam dan luar negara.
Usaha TMJ bukan sahaja dicurahkan untuk membantu skuad Harimau Selatan kerana dia sering berkongsi idea dan pendapat untuk membangunkan serta memajukan kelab bola sepak.
Antara pesanan yang pasti tidak boleh dilupakan adalah ketika dia mengambil peluang berkongsi rahsia kepada penyokong ketika meraikan kejayaan menjuarai Liga Super 2018.
"Untuk menang perlawanan atau menjadi juara, anda perlu menang di atas padang dan jaringkan gol, bukannya daripada jadual.
BACA LAGI: ACLE punya pasal, JDT dikhabar risik bekas keeper Atletico Madrid sebagai pesaing Syiha
TMJ sempat memberi ucapan ketika sambutan kejayaan Liga Super 2018.
"Akhir sekali, untuk menjadi kelab yang berjaya, anda mesti berjaya di dalam dan di luar padang dan bukan sekadar jadi muzium, terima kasih," katanya.
Meskipun tidak ditujukan kepada mana-mana pihak, pesanan TMJ itu seakan-akan dibuat terhadap kelab seperti Selangor FC dan Perak FC yang pernah digeruni, namun semakin dilupakan.
Pesanan berkenaan boleh dianggap terus relevan sehingga hari ini kerana JDT sudah jauh meninggalkan pasukan lain dengan reputasi mereka terus disanjungi.
Sehingga kini, skuad Harimau Selatan sudah memiliki 10 kejuaraan Liga Super berturut-turut dengan beberapa gelaran domestik lain turut dimenangi mereka.
Pencapaian menakjubkan turut direkodkan di pentas Asia apabila pasukan terbabit menjadi kelab Asia Tenggara pertama menjuarai Piala AFC pada 2015. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
