SELANGOR FC sudah melupakan krisis kehilangan bekas jurulatih mereka, Tan Cheng Hoe apabila dikesan sudah berada di Thailand bagi menghadapi sesi pra musim menjelang saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang akan bermula pada Mei depan.
Memetik laporan di Stadium Astro, Gergasi Merah nampaknya memilih Pathum Thani menjadi lokasi pertama Selangor untuk memulakan sesi latihan pra musim 2024/25 di negara Gajah Putih berkenaan.
Berdasarkan lokasi itu, Selangor berpotensi memilih kelab PTU Pathum Thani, yang menduduki tangga teratas Liga 3 Thailand atau pencabar utama Liga 1 Thailand, BG Pathum United untuk medan ujian pertama Gergasi Merah.
BACA LAGI: Dua kali tewas jumpa JDT, tapi BG Pathum masih kelab terbaik Asean

Tangkap layar kedudukan semasa kelab AFC dikeluarkan FIFA baru-baru ini.
BACA LAGI: Puas raih 3 mata pertama, Ayon harap kekal momentum menjelang aksi Selangor-JDT
Fakta menarik mengenai BG Pathum, pasukan itu baru-baru ini diangkat sebagai kelab terbaik Asean dan meninggalkan Johor Darul Takzim (JDT) berdasarkan kedudukan semasa kelab Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dikeluarkan FIFA baru-baru ini.
Dengan penilaian dibuat berdasarkan prestasi empat tahun terakhir, pasukan dari Thailand itu memiliki kelebihan lapan mata berbanding skuad Harimau Selatan dengan 38 mata.
Selangor menjadi kelab pertama menjalani latihan pra musim ini di luar negara bagi memantapkan pasukan itu sebelum menjalani saingan Liga Super pada Mei depan.
Ujian pra musim itu dijangka mampu menjadi ruang dan peluang buat Selangor untuk mencari nafas baharu di bawah kendalian ketua jurulatih sementara, Nidzam Jamil. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
