SEPANJANG jendela perpindahan kali ini, banyak pasukan Liga Super seperti sedang sibuk mencari pemain baharu dalam usaha meningkatkan kualiti skuad bagi musim depan.
Meskipun begitu, Kelantan United FC (KUFC) menjadi antara pasukan yang sedikit suram daripada segi persiapan untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) bagi musim 2024/25.
Namun, berita gembira buat pemain ke-12 KUFC apabila pasukan tersebut dikhabarkan sudah mengikat seorang pemain import berkualiti yang pernah beraksi dalam saingan Piala Asia 2023 di Qatar.
Ia berdasarkan satu perkongsian oleh wartawan tempatan, Zulhelmi Zainal Azam di laman X yang mengatakan bahawa Kelantan United sah menandatangani pemain tengah pasukan Palestin, Oday Kharoub.
BACA LAGI: Skuad Jang cuba pikat ‘The Giant Killer’
Kelantan United sah mengikat tonggak tengah Palestin, Oday Kharoub (kiri). — Agensi
BACA LAGI: Ledak 22 gol saingan domestik, legenda Sang Penyu hampir setahun disisihkan skuad Harimau Malaya
"Dari Palestin ke Malaysia! Kelantan United difahamkan sudah menandatangani pemain tengah Oday Kharoub yang membantu Palestin layak ke 'round of 16' dalam Piala Asia Qatar 2023," ciapnya.
Difahamkan, pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur itu mengikat pemain kebangsaan Palestin dengan tempoh kontrak selama setahun dan dijangka akan tiba di Malaysia pada awal Mac.
Pastinya kehadiran Oday dijangka membantu memperkuatkan bahagian tengah skuad Kijang Hijau berikutan pengalamannya beraksi di Piala Asia.
Oday juga merupakan watak penting yang turun beraksi dalam kesebelasan utama untuk semua perlawanan sekali gus membantu Palestin mara ke pusingan kalah mati saingan Piala Asia 2023.
Kehadiran bintang dari Palestin itu jelas menjadi suatu isyarat dikeluarkan oleh Kelantan United tentang persediaan mereka untuk tampil lebih baik berbanding musim lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram