[VIDEO] Bintang bola keranjang AS bersuara lelaki muncul lagi, jawab persoalan netizen


  • Podium
  • Selasa, 27 Feb 2024

Griner (kiri) beraksi bersama Phoenix Mercury dalam saingan WNBA. — Agensi

JANTINA seorang bintang bola keranjang wanita Amerika Syarikat, Brittney Griner sekali lagi menjadi perdebatan para peminat sukan global apabila fizikal dan suaranya kelihatan seperti lelaki.

Griner merupakan antara pemain terkenal dalam saingan Liga Bola Keranjang Amerika Syarikat Wanita (WNBA) dengan dia beraksi sebagai center untuk pasukan Phoenix Mercury.

Walaupun pemain berusia 33 tahun itu sudah mencapai pelbagai kejayaan dalam karier profesionalnya namun identiti jantinanya masih menjadi topik kontroversi.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pemain berkenaan, Griner seakan-akan tidak mengendahkan tuduhan orang ramai mengenai identitinya walaupun jelas kedengaran suaranya persis lelaki.

BACA LAGI: [VIDEO] Hanya 13 minit ledak hatrik di Liga Thai, taktikal Nafuzi mungkin faktor Willian Lira tak function bersama Kedah

BACA LAGI: Andai bersatu semula jika kapten Kedah berhijrah, Sang Kenari kena fikir masak-masak sebelum 'ikat' Liridon

Memetik laporan dari ThiswasTV, Griner secara konsisten mengesahkan bahawa dia seorang wanita dan terbuka untuk bercerita mengenai hal berkenaan.

Bagaimanapun, ramai peminat kekal membuat spekulasi bahawa dia menjalani pembedahan payudara tetapi Griner menjelaskan bahawa dia tidak pernah membuat pembedahan penukaran jantina.

Untuk rekod, pemenang pingat emas Olimpik dua kali itu pernah didapati bersalah memiliki dan penyeludupan dadah, selain dijatuhi hukuman sembilan tahun di penjara Russia pada 2022.

Namun, dia berhasil pulang ke Amerika Syarikat selepas bertukar tempat dengan pembebasan pedagang senjata Rusia, Viktor Bout.

Griner ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo Moscow pada 17 Februari 2022 kerana membawa kartrij vape yang mengandungi minyak kanabis di dalam bagasinya ketika kembali melawat Russia memandangkan pernah beraksi di sana pada 2014 ketika di luar musim WNBA. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram