MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memberi bayangan tiada tempat untuk atlet Program Road to Gold (RTG) dikekalkan jika mereka gagal menepati petunjuk prestasi utama (KPI) yang diperlukan menjelang temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Ia bermaksud bakal berlaku pengguguran beberapa atlet yang sudah berada dalam program itu berikutan kegagalan mereka mendapatkan slot merit dalam siri kelayakan terakhir.
Ia akan diputuskan dalam Mesyuarat Program RTG hujung bulan Februari.
"Ia sudah terang ketika kriteria RTG ditetapkan, tiada rundingan terhadap atlet tertentu.
BACA LAGI: [VIDEO] Saya terkejut Terengganu juga mohon dana tukar rumput stadium — Hannah Yeoh
Temasya Olimpik Paris akan mengumpulkan ribuan atlet dari seluruh dunia.
BACA LAGI: Sekarang kita boleh bergerak dan teruskan kerja — Hannah Yeoh
"Apabila kami memberitahu mereka tentang kriterianya dan bentuk bantuan yang boleh dinikmati, maka mereka perlu mencapai sasarannya jadi kita perlu tunggu keputusan daripada jawatankuasa," katanya.
Hannah ditemui ketika meninjau pasukan Sukan Touch Football yang bakal membuat penampilan dalam Piala Dunia Julai depan dengan menghantar skuad 50-tahun ke atas.
Setakat ini, terdapat 15 atlet berada di bawah Program RTG, termasuk jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang serta beregu lelaki, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.
Program tersebut dibangunkan bertujuan membangunkan atlet yang mampu membawa pulang pingat emas daripada temasya Olimpik yang diadakan bermula 26 Julai sehingga 11 Ogos. — Stadium Astro
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram