SELEPAS beberapa bulan menyepi, Sri Pahang FC tampil dengan pengumuman beberapa pemain baharu yang pastinya membuatkan penyokong sudah tidak sabar untuk saingan musim depan.
Rekrut seperti Asnan Ahmad dan Azfar Arif yang tiba dari Penang serta import dari Ukraine, Mykola Ahapov merupakan antara nama yang tiba bagi memperkuatkan skuad Tok Gajah.
Namun, keterujaan orang ramai lebih diajukan kepada kehadiran penyerang sayap, Sean Selvaraj yang memiliki reputasi cukup baik sepanjang dua musim di Negeri Sembilan FC.
Pemain yang dikenali dengan kebolehan menggelecek dan kepantasannya itu dikatakan mampu meningkatkan lagi dinamik serangan pasukan Pantai Timur tersebut di pentas domestik.
Kemasukannya mampu dimanfaatkan pengendali skuad Tok Gajah, Fandi Ahmad memandangkan mereka sedikit bergelut dalam hal tersebut musim lalu.
Malah, bagi Sean, dia juga sedar ia merupakan peluang baharu buatnya membina semula reputasi setelah bertahun-tahun disisihkan di bangku simpanan akibat isu kecederaan dan kecergasan.
BACA LAGI: [VIDEO] Dah dapat 2 bintang pudar JDT-Selangor, Sri Pahang kini buru senior peledak Chelsea
Isu kecederaan menyekat peluang Sean bersama skuad Jang musim lalu. — Facebook/Negeri Sembilan FC
BACA LAGI: Lupakan Kuching City, fan base antara 3 sebab kenapa James Okwuosa perlu sertai Pahang
"Harap boleh belajar sesuatu daripada Fandi, selepas pertemuan dengan beliau dan kongsikan perancangan. Berharap diberi peluang yang adil.
"Ini keputusan yang tidak disangka orang lain, harap kemunculan di Sri Pahang mampu lebih baik selepas kurang beraksi musim lalu selain dipalit kecederaan," tambahnya.
Untuk rekod, Sean hanya beraksi sebanyak 14 kali sepanjang saingan Liga Super 2023 buat skuad Jang dengan hanya dua daripadanya merupakan penampilan dalam kesebelasan utama.
Jadi, sekiranya dia mampu meraih peluang lebih kerap, ia akan membantunya kembali ke tahap terbaik, sekali gus merancakkan lagi musim Sri Pahang FC.
Selain pernah beraksi bersama Negeri Sembilan FC, pemain berusia 27 tahun itu juga pernah menyarung jersi Selangor FC untuk empat musim, namun kecederaan dialaminya membuatkan Sean kerap disisihkan.
Skuad Tok Gajah sudah memulakan sesi latihan pramusim mereka dengan harapan ia dapat menambah baik kedudukan dalam Liga Super 2024/25 setelah hanya berada di tangga kelima musim lalu. — Stadium Astro
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram