SRI Pahang FC akhirnya mengikut jejak langkah Johor Darul Takzim (JDT), Perak FC, Terengganu FC dan Selangor FC dengan mengumumkan ketibaan pemain baharu mereka bagi saingan musim 2024/2025.
Menerusi laman media sosial rasmi Sri Pahang, mereka mengesahkan bahawa Adam Nor Azlin dan Sean Selvaraj akhirnya menyarung jersi skuad Tok Gajah dan sekali gus diharap membantu pasukan untuk tampil lebih mantap.
Kehadiran Adam dari Johor Darul Takzim (JDT), sememangnya diyakini dapat membantu memperkuatkan benteng pertahanan Tok Gajah terutamanya dengan pengalaman yang dimilikinya sepanjang menyarung jersi Harimau Selatan dan bersama pasukan kebangsaan.
Manakala, kehadiran Sean, yang juga dikenali sebagai Seanaldo dalam kalangan penyokong tanah air mampu membawa perubahan terhadap isu serangan dalam Sri Pahang FC musim depan dengan bekas pemain Selangor itu sinonim dengan posisi kanan dan kiri sayap pasukan.
BACA LAGI: Dicanang pindah kelab, Farizal, Ifwat antara 3 nama boleh jadi legenda kalau 'stay'
Bahagian serangan kelab Pantai Timur berkenaan juga difahamkan akan bertambah stabil apabila dikhabarkan sedang menunggu ketibaan penyerang kelahiran Ukraine, Mykola Ahapov.
“Penyerang kelahiran Ukraine, Mykola Ahapov dijangka akan memperkuatkan Sri Pahang FC untuk saingan Liga Malaysia 2024/2025.
“Penyerang berusia 30 tahun itu pernah beraksi di Liga beberapa buah negara antaranya Turki dan Kazakhstan,” memetik ciapan dari pemerhati sukan tanah air, Fadhirul Shuhaimi.
Ahapov dijangka akan memperkuatkan Sri Pahang FC untuk saingan Liga Malaysia 2024/2025.
BACA LAGI: Bukan setakat tonggak KDA FC, winger Harimau Muda juga makin hampir ke Sri Pahang
Penyerang berusia 30 tahun berkenaan kini beraksi sebagai penyerang di kelab Divisyen Kedua Kazakhstan, Akzhayik dan mempunyai rekod gol yang mengagumkan untuk saingan musim 2023.
Berdasarkan statistik di laman Transfermarkt, pemain berketinggian 1.84 meter berkenaan meledak 24 gol dan sembilan hantaran bantuan dalam 28 perlawanan domestik dia diturunkan.
Sedikit nota kaki mengenai penyerang berkenaan apabila dia merupakan senior kepada bintang Chelsea, Mykhaylo Mudryk kerana kedua-duanya pernah beraksi bersama pasukan Desna.
Namun, kedua-dua pemain tersebut tidak pernah berada di atas padang bersama-sama kerana Ahapov meninggalkan Desna 2015 selepas dua musim sementara Mudryk hanya menyertai klan itu pada 2020-2021 sebelum menyertai Chelsea. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram