Pemain Indonesia, Brunei jadi pilihan import kelab Lembah Klang jika naik pangkat ke Liga Super


  • Podium
  • Isnin, 19 Feb 2024

KL Rovers merupakan naib johan bagi saingan MBSB Bank Championship musim lepas. — Facebook/KLRovers

MESKIPUN belum ada kepastian daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengenai pasukan mana yang bakal terpilih untuk mengisi slot tunggal ke Liga Super, Kuala Lumpur (KL) Rovers tidak mahu sekadar menunggu.

Malah, beberapa pelan sudah dirangka dengan hasrat untuk mempersiapkan pasukan jika benar pasukan Lembah Klang berkenaan layak ke Liga Super musim ini, lapor Stadium Astro.

Dua pemain Bawah 23 (B-23) Indonesia dan dua dari Brunei di bawah radar KL Rovers selain enam hingga tujuh pemain dari skuad Projek MSN-FAM bakal memperkuatkan pasukan itu sekiranya mereka melangkah ke Liga Super.

‘Kita masih lagi berharap bahawa keputusan KL Rovers untuk pergi ke Liga Super diterima secepat mungkin supaya kita boleh mula daripada segi pemain, pasukan teknikal serta barisan kejurulatihan. Kita memang dah ada barisan kejurulatihan cuma kita tak boleh dedahkan.

"Kami sangat berharap kalau boleh keputusan sebab kita dah sah hantar permohonan. Saya rasa dokumentasi kita sudah lengkap semuanya cuma kita nak tahu sekarang adakah ianya diterima," katanya.

BACA LAGI: AFL sahkan terima permohonan Kelantan beraksi di Liga M3 musim depan

WhatsApp Image 2024-02-19 at 22.46.01

Kelantan difahamkan sudah menghantar permohonan untuk saingan AFL sejak Januari lalu. — Facebook/TRW

BACA LAGI: Konflik Kafa-TRW belum berakhir, perbicaraan penuh pada 20 Februari

Tegas Aznor, sekiranya ada kesegeraan daripada MFL untuk mengumumkan pasukan mana yang layak, ia lebih membantu KL Rovers untuk membentuk pasukan musim ini.

‘Kita setuju perlu pemain import tapi untuk mengikut kuota ianya subjektif. Kita masih berbincang mengenai itu. Kita akan beri lebih fokus kepada pemain import dari Indonesia yang mungkin kita akan bawa.

"Sudah ada perbincangan rasmi mengenai pemain yang akan dipilih. Daripada segi perbelanjaan operasi kelab juga kita ambil berat. Kita harap boleh melawan tapi dengan kos yang baik," katanya.

Sekiranya KL Rovers dipilih untuk dinaikkan pangkat ke saingan divsiyen satu liga domestik, mereka akan menggantikan tempat Kelantan FC yang difahamkan terpaksa beraksi dalam Liga M3 anjuran Liga Bola Sepak Amatur (AFL) musim depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram