Harga tinggi bintang sasaran Kedah bikin kelab gergasi Indonesia gigit jari


  • Podium
  • Isnin, 19 Feb 2024

Kojo telah menjaringkan empat gol daripada 14 penampilan bersama Republik Kyrgyz. — Instagram/JoelKojo

PIALA Asia 2023 yang sudah melabuhkan tirainya pada awal Februari lalu menjadi medan pada pasukan di seluruh dunia untuk memburu pemain dari serata Asia dan sekali gus dapat membantu para bintang benua berkenaan untuk melebarkan karier masing-masing.

Bintang Kyrgyztan iaitu Joel Kojo juga tidak dari daripada menjadi buruan beberapa kelab seperti PSIS Semarang dikhabarkan ingin mendapatkan khidmat penyerang itu.

Berdasarkan laporan dari media Indonesia, pasukan Liga Satu Indonesia itu pada awalnya ingin merekrut penyerang naturalisasi Kyrgyztan-Ghana berkenaan selepas Kojo mencetak gol penyamaan ke atas Oman dan membantu Indonesia ke pusingan 16 terakhir Piala Asia 2023.

Sejak itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PSIS, Yoyok Sukawi, secara terbuka menyatakan minatnya untuk membawa masuk pemain berusia 26 tahun itu pasukannya dan bagi menggantikan posisi yang ditinggalkan Carlos Fortes.

BACA LAGI: [VIDEO] Dipantau orang kuat KDA FC, penyerang prolifik Kyrgyztan 'tadah tangan' dilamar ke Liga M

WhatsApp Image 2024-02-19 at 21.55.28

Joel membantu Dinamo FC menghasilkan 15 gol serta tiga bantuan jaringan dalam 23 perlawanan dia diturunkan. — Instagram/JoelKojo

BACA LAGI: Cuma semusim di Kedah, Hidalgo bakal 'u-turn' semula ke Pantai Timur?

“Baiklah, dia juga salah seorang wira pasukan negara. Orang yang kenal dia, kenalkan dia dengan saya. Mana tahu, mungkin dia sesuai. Dia juga bermain bersungguh-sungguh dan mempunyai kepantasan, pastinya sesuai untuk PSIS.

“Mengenai Kojo, penyerang dari Kyrgyzstan, dia mempunyai perwatakan yang gigih. Nampaknya sesuai untuk menjadi sasaran kami musim depan.

"Dia juga bermain bersungguh-sungguh dan mempunyai kepantasan, pastinya sesuai untuk PSIS. Kami sebenarnya telah berkomunikasi,” katanya memetik laporan bolasport.com.

Namun, hasrat CEO skuad Laskar Mahesa Jenar itu sukar untuk direalisasikan apabila salah seorang ejen pemain yang menghubungi Kojo memaklumkan bahawa penyerang berkenaan meletakkan harga yang tinggi untuk kontraknya.

Susulan kekecewaan dari Kojo, PSIS dilaporkan terus mencari pilihan lain untuk menggantikan Fortes dan antara yang menjadi sasaran ialah Jose Wilkson, Wander Luiz dan bekas penyerang Negeri Sembilan, Youssef Ezzejjari.

Sebelum ini, nama Kojo juga pernah disebut-sebut dalam Liga Malaysia apabila penyelaras kelab Kedah Darul Aman (KDA) FC, Joe Rozi atau nama sebenarnya Zul Fadzli Roz menunjukkan minat untuk membawanya ke Darul Aman.

Ia berlaku ketika Kyrgyzstan berkunjung ke tanah air bagi perlawanan menentang Harimau Malaya dalam aksi sulung Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur.

Dalam aksi berkenaan, Kyrgyzstan tewas 3-4 di tangan Malaysia dan Kojo sendiri memuji semangat yang ditunjukkan barisan skuad kebangsaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram