KELAB Liga Super, Terengganu FC akhirnya mengesahkan ketibaan pemain pertahanan daripada Belanda iaitu Matthew Steenvoorden pada Khamis.
Pertahanan berusia 31 tahun itu merupakan pengganti kepada Sardor Kulmatov dengan Steenvoorden turun mempunyai darah campuran Indonesia.
Sebelum ini, Steenvoorden merupakan pemain kelab di Uzbekistan iaitu Pakhtakor Tashkent yang menyaksikan dia melakukan 10 penampilan untuk kejohanan tempatan serta Liga Juara-Juara AFC (ACL).
Dalam video pengenalanannya sebagai pemain baharu Terengganu, Steenvoorden memberikan bayangan bakal menyarung jersi nombor empat pada musim ini.
Ia dapat dilihat pada penghujung video tersebut, Steenvoorden memegang kad permainan poker bernombor empat.
BACA LAGI: Sunyi tanpa berita, ada yang risau persiapan 'sendu' Kedah, bimbang ditinggal kelab lain
BACA LAGI: Dengarnya 2 bekas bintang EPL tunggu masa 'kemas beg' ke Malaysia bulan depan
Terengganu berhasil mendapatkan pemain yang dianggap cukup baik sebagai pertahanan kerana bukan saja dia boleh beraksi di pertahanan tengah, tetapi Steenvoorden juga mampu bermain sebagai pemain tengah bertahan serta pemain tengah.
Malah dengan rekodnya pernah beraksi di kejohanan tertinggi di Asia, pengalaman Steenvoorden bukanlah terhenti di situ kerana dia juga pernah mewakili Belanda sebanyak 11 kali di peringkat bawah umur iaitu bawah 19 tahun (B-19) serta bawah 16 tahun (B-16).
Kehadirannya diterima baik oleh penyokong Terengganu yang menganggap pemain tersebut merupakan upgrade di bahagian pertahanan.
"Akhirnya! Sudah terjawab. Selamat datang Matthew Steenvoorden. Dalam YouTube nampak elok dia ni," kata penyokong bernama Zac Adzillah.
"Kereta kebal baharu, kemahh," ujar Fazli Mamat pula.
"Tatu penuh dekat tangan tu, kita nak dia main keras, lasak macam Sergio Ramos la nanti," komen Khairul John.
Steenvoorden merupakan rekrut keempat Terengganu untuk musim 2024/2025 oleh Tomislav Steinbruckner. Sebelum ini, mereka telah mengesahkan kehadiran duo pemain sayap negara iaitu Safawi Rasid dan Akhyar Rashid.
Selain itu, mereka turut mendapatkan bekas penyerang Kelantan United FC iaitu Ishaheel Akinade yang dikatakan sebagai pengganti kepada Sony Norde. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram